BuletinMotosikal

PILIHANRAYA UMUM KE-14: PUSINGAN KEDUA CUBPRIX DI TEMERLOH DITUNDA

Berikutan pengumuman tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-14, atas nasihat dan perbincangan bersama kerajaan negeri telah dimaklumkan oleh pihak penganjur bahawa pusingan kedua Cub Prix 2018 akan ditunda.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018 yang sepatutnya dijadualkan pada 5 dan 6 Mei 2018 (Sabtu & Ahad) di Temerloh, Pahang akan ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. 

Ia sebagai memberi laluan kepada proses pembuangan undi bagi pilihanraya umum ke-14 yang akan diadakan pada 9 Mei 2018 (Rabu)

Google ads
Back to top button