BuletinMotosikal

MUSIM MENCABAR FITRI BERSAMA WESTSTAR CILIK RACING TEAM

Mohd Fitri Ashraff Razali berdepan cabaran besar bagi menghadapi saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2018.

Menjelang saingan pusingan kedua di MAEPS, Serdang pada 7 dan 8 Julai ini, pelumba berusia 24 tahun itu menghadapi perlumbaan keduanya bersama pasukan baharu yang berada dalam barisan grid CP150 musim ini, Weststar Cilik Racing Team bersama-sama Abd Muhaimin Roslan dan muka baharu, Muhammad Nazif Nor Samsol.

Beraksi bersama pasukan yang dikendalikan oleh ayahnya, Razali Ahmad, Fitri menamatkan perlumbaan pertama di Litar Tangkak di tempat kelapan manakala Nazif di tangga ke-13 dan Abd Muhaimin gagal menamatkan perlumbaan.

“Cabaran musim ini sangat besar. Kami merupakan pasukan baharu dalam barisan grid CP150 jadi pastilah kami mempunyai banyak kekurangan terutama dari segi data untuk pelarasan jentera berbanding pasukan lain.” Jelas Fitri yang mempunyai pencapaian terbaik menamatkan saingan kelas perdana di tangga ketiga keseluruhan pada musim 2015.

Tambahnya, “Pada masa sama saya juga mempunyai dua tanggungjawab berbeza dalam pasukan. Selain menjadi pelumba, saya juga sedang belajar mengurus pasukan bersama-sama ayah sebagai persediaan musim-musim akan datang,” jelas Fitri yang tidak menolak kemungkinan akan menjadi pengendali pasukan seandainya tidak lagi bergelar pelumba pada masa akan datang.

Google ads
Back to top button