
MAN MALAYSIA SERAH 1O BUAH KOC DEK KEMBAR KEPADA SUPER NICE EXPRESS, DILENGKAPI ADAS
MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd (MAN Malaysia) baru-baru ini telah menyerahkan koc dek kembar MAN pertama dengan Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) kepada syarikat bas ekspres, Super Nice Express Sdn Bhd.
Koc baharu itu adalah sebahagian daripada 10 buah Koc MAN baharu yang terdiri daripada lima unit dek kembar dan lima unit dek tunggal, di mana semuanya dilengkapi ADAS.
Menurutnya, koc baharu ditempah oleh Super Nice bersedia untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi perjalanan jalan raya antara negeri.

Koc itu dibina di atas casis koc tiga gandar RR5 serta dilengkapi dengan tujuh sistem bantuan pemandu utama untuk keselamatan optimum pemandu dan penumpang, iaitu:
- Bantuan Brek Kecemasan (EBA)
- Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC)
- Amaran Berlepas Laluan (LDW)
- Program Kestabilan Elektronik (ESP)
- Sistem Pemantauan Tekanan dan Suhu Tayar (TPM)
- Pengaktifan Lampu Pemanduan Automatik (ADLA)
- Kawalan Pengelap Automatik (AWC)
Koc dek kembar baharu Super Nice juga menampilkan reka bentuk badan TX9 versi dikemas kini oleh pembina badan koc yang berpangkalan di Pulau Pinang, TACT Coach Seat & Manufacturing Sdn Bhd.
Penumpang yang memilih bilik persendirian di atas bas dapat menikmati tempat duduk graviti sifar unik yang menjanjikan peredaran darah optimum dan kurang kesakitan badan.

Selain itu, kemudahan lain tersedia adalah seperti sistem hiburan peribadi, pengecas USB, dispenser air sejuk dan panas.
Pengarah Urusan MAN Malaysia Andrew O’Brooks memuji Super Nice atas komitmen syarikat terhadap keselamatan jalan raya dengan memilih sistem ADAS untuk setiap koc MAN baharunya.
“Super Nice menunjukkan pandangan jauh dalam melindungi bukan sahaja pemandu dan pelanggannya dengan memilih untuk melengkapkan koc MAN dengan ADAS.

“Dengan berbuat demikian, syarikat turut melindungi perniagaannya kerana sistem pemanduan canggih dan pintar ini boleh mengelakkan kemalangan yang boleh membawa kepada kos pembaikan lebih mahal serta masa henti kenderaan tidak berjadual,” kata beliau.
Tambah beliau lagi, mulai tahun ini, semua casis Bas dan Koc MAN akan dilengkapi dengan enjin EURO V rendah pelepasan, sekaligus menjimat bahan api untuk membantu syarikat bas Malaysia mencapai operasi yang mampan.


