Motosikal

KTM DUKE KINI BERUSIA 30 TAHUN

Sedar tak sedar, barisan model KTM Duke telah pun mencecah usia 30 tahun pada tahun ini setelah model Duke pertama dengan sesaran enjin 609cc satu silinder diperkenalkan pada 1994. 

Sudah tentu, reka bentuk dan rupa paras model Duke menjalani perubahan drastik sepanjang 30 tahun itu dan enjin diguna pakai tidak lagi dihadkan pada platform satu silinder. 

Juga perlu dikatakan bahawa model Duke kini menjadi petanda aras bagi segmen motosikal ‘naked’ masa kini. 

Bagi meraikan ulang tahun kali ini, kilang Mattighofen akan melancarkan tiga Duke versi ulang tahun ke-30 menerusi 390 Duke, 990 Duke dan 1390 Super Duke R EVO. 

Ketiga-tiga model ini akan hadir dengan naik taraf, peningkatan yang signifikan dan bukan sekadar warna berbeza. 

Bagi tahun 2024, KTM 390 Duke dapat casis, panel badan dan suspensi boleh laras. Enjin juga serba baharu termasuk bantuan menunggang elektronik serta panel meter baharu. 

Sementara itu, 990 Duke pula datang dengan reka bentuk tangki, swingarm dan enjin LC8c baharu. 

Akhir sekali, KTM 1390 Super Duke R EVO 2024 yang dinaik taraf dari 1290 Super Duke R EVO. 

Disebabkan banyak info yang perlu diceritakan, kami akan sampaikan kepada anda maklumat lebih terperinci dalam beberapa hari yang akan datang. Jadi jangan lupa ikuti kami di semua platform yang ada termasuk Facebook, Instagram dan juga TikTok. 

Google ads
Back to top button