" "
Buletin

GWM ZX SEDAN BAKAL DIPERKENALKAN, PESAING BAHARU ROLLS-ROYCE

Great Wall Motor (GWM) dilaporkan bakal memperkenalkan sedan mewah berukuran 5.5 meter untuk jenama baru yang dikenali sebagai ZX.

Menurut laporan, ia akan dilengkapi dengan enjin NEV dan akan bersaing dengan model Hongqi, Bentley, dan Rolls-Royce.

Menerusi imej render pertama kenderaan ini, GWM ZX sedan mempunyai garisan bonet tinggi dengan bampar depan yang rata, rim 8-jari besar, garis pinggang rendah, dan kamera sebagai ganti cermin pandang belakang.

Sedan ZX dilaporkan memiliki panjang badan mencapai 5.5 meter, sedikit lebih pendek daripada Rolls-Royce Ghost selain, akan dilengkapi dengan enjin NEV.

Tiada lagi butiran mengenai sedan ini tetapi GWM bakal mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai sedan ZX pada tahun ini.

Pada masa ini, Great Wall Motor menjual kereta di bawah lima jenama: GWM Pickup, Haval, Tank, Wey, dan Ora.

Sebelum ini, syarikat melancarkan satu lagi jenama yang dipanggil SAR, tetapi ia telah dihentikan, dan model tunggalnya, Mecha Dragon, akan menjadi sebahagian daripada jenama Ora.

Google ads
Back to top button