
START/STOP TOYOTA BOLEH TAHAN 50 TAHUN? BOLEH PAKAI SAMPAI PENCEN
Sistem Start/Stop merupakan sistem yang membenarkan enjin dimatikan seketika di perhentian lampu isyarat atau ketika dalam kesesakan jalan raya merupakan satu sistem yang direka untuk mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida. Untuk bonus, sistem ini juga boleh menjimatkan bahan api.
Namun sesetengah penggguna melahirkan kebimbangan terhadap ketahanan motor penghidup dan juga relay yang digunakan dalam sistem ini, menyatakan kemungkinan kedua dua komponen ini tidak akan tahan lebih lama. Bagi mengatasi isu ini, kebanyakan kenderaan Toyota direka motor penghidup dan relay untuk berfungsi dalam kitaran tertentu sebelum perlu diganti.
Apabila mencapai kitaran tersebut, sistem ECU akan menghantar isyarat pada meter digital bagi mengingatkan pemandu agar menukar suis relay dan juga motor pemghidup. Menurut pempengaruh Tiktok dan juga juruteknik lulusan ASE Master Technician yang bekerjad di Toyota, Faye Hadley kitaran operasi motor penghidup ini ada ditulis di dalam buku servis Toyota yang dijual di Amerika
Toyota membenarkan sistem Start/Stop ini untuk beroperasi sebanyak 384,000 kitaran sebelum ia menghantar isyarat kepada meter digital bagi menggantikan motor pengidup. Selepas diganti, juruteknik perlu melakukan tetapan baru bagi mengira jumlah operasi Start/Stop sehingga 384,000 kali bagi kitaran kedua.
Bagi membayangkan angka 384,000 kali ini, kereta Toyota yang dijual di Amerika perlu melakukan operasi Start/Stop sehingga 21 kali sehari selama 50 tahun. Secara teorinya, keadaan ini membayangkan betapa lama masa diperlukan untuk menjadikan motor penghidup haus sebelum perlu diganti semula dalam operasi Start/Stop
Walaubagaimanapun, tidak semua pengguna kenderaan yang dilengkapi dengan sistem Start/Stop ini gembira dengan sistem ini. Operasi yang kasar, bunyi motor penghidup, penyaman udara yang tidak beroperasi dan lain lain isu menyebabkan ramai pengguna mematikan terus ciri ini sebaik sahaja menghidupkan enjin.