
10 KERETA TAK BOLEH BELI KALAU ANDA ADA BISNES HARAM, RASUAH & SONGLAP DUIT
Kami senaraikan model kereta ultra mewah yang memang sangat mahal dan tidak mampu dibeli sekiranya anda berjaya menjadi penjual kosmetik timbang kilo. Kereta ini hanya mampu dibeli sekiranya anda tersenarai sebagai 10 orang terkaya di dunia atau anda pengedar dadah dari Columbia. Harganya pula kami letak dalam Ringgit Malaysia untuk memudahkan anda membuat perkiraan.
1. Bugatti Divo – RM 27.4 Juta
Walaupun berkongsi beberapa komponen dengan model Chiron, model Divo ini diberikan beberapa elemen istimewa seperti rim aloi lebih singan, intercooler dihasilkan daripada gentian karbon dan bahan kedap bunyi diminimakan.
Kaedah ini berjaya menjadikan Divo 35kg lebih ringan berbanding dengan Chiron selain diberikan rekaan aerodinamik yang lebih baik bagi menjadikannya 8 saat lebih pantas di litar Nardo meskipun mengekalkan kuasa enjin yang sama. Hanya 40 unit sahaja yang dihasilkan di dunia
2. SP Automotive Chaos – RM 30.2 Juta
SP merupakan singkatan kepada Spyros Panopoulos merupakan jenama Ultra Rare untuk Hypercar. Model Chaos dalam varian asas menggunakan enjin 4000cc V10 twin turbo yang menjana 2000 kuasa kuda mampu mengalahkan Lamborghini dan Butatti. Hypercar dari Greek hanya akan dihasilkan 15-20 unit sahaja dalam setahun
3. Pagani Codalunga – RM 35 juta
Model Codualunga ini diilhamkan pada dekan 1960an tapi diasaskan daripada cesi Huayra. Rekaan belakang pula menggunakan konsep long tail untuk kestabilan pada halaju tinggi dan bahagian dalam mengetengahkan idea futurstik dan mewah
Idea asal kereta ini adalah untuk mengenang semula rekaan perlumbaan yang dihasilkan oleh Pagani dan hanya 5 unit sahaja dihasilkan. Ia dikuasakan dengan enjin 6000cc V12 yang menjana 829 kuasa kuda dan 1100Nm yang dipadankan dengan transmisi 7 kelajuan sequential bagi pengalaman pemanduan seperti kereta lumba
4. 777 Hypercar – RM 35.4 juta
Hypercar 777 adalah hypercar yang menerima homologasi khas FIA dengan menggunakan cesi monocoque dengan rekaan luar diinspirasikan daripada kelas perlumbaan LMP1. Hypercar ini dikuasakan dengan enjin 4500cc V8 berupaya menghasilkan 730 kuasa kuda pada 9000 RPM dengan kelajuan tertinggi 370km/jam. Maaf untuk kegunaan litar sahaja
5. Mercedes-Maybach Exelero – RM 37.7 juta
Hanya 1 unit sahaj dihasilkan dengan kerjasama Fulda, iaitu sebuah syarikat subsidiari Goodyear di Jerman bagi menguji tayar baru pada tahun 2004. Rekaan asasnya menggunakan model Maybach dengan enjin sama V12 twin turbo berupaya menghasilkan 690 kuasa kuda dan 1020Nm tork. Ia kemudian dibeli oleh penyanyi rap dengan harga RM 37.7 juta.
6. Bugatti Centodieci RM 42.5 juta
Mula dipamerkan di Pebble Beach tahun lepas, hypercar ini hanya dihasilkan dalam 10 unit sahaja di dunia. Ia merupakan unit bagi mengingatkan embali model Bugatti EB110 yang pernah dihasilkan dulu dan juga sempena sambutan ulang tahun Bugatti ke 110. Menggunakan enjin W16 8000cc dan juga sistem 4 turbo tetapi 20kg lebih ringan berbanding dengan Chiron.
7. Bugatti Chiron Profilée – RM 51 juta
Diasaskan berdasarkan model Chiron Pur Sport namun dengan rekaan aerodinamik berbeza termasuklah air dam yang lebih lebar, jeriji depan leboh besar, front splitter direka semula dan rear wing yang kecil. Transmisi DSG pula direka dengan ratio 15% lebih pendek berbanding model Chiron. Boleh memecut 0-100 dalam masa 2.3 saat dan halaju tertinggi adalah pada 380km/jam
Profilée disudahkan dengan warna perak (Argent Atlantique) dan biru (Bleu Royal Carbon) serta merupakan Chiron pertama dipasang dengan kulit pada papan pemuka, konsol tengah dan panel pintu. Walaupun rancangan asal ialah membina 30 unit, tapi hanya 1 unit sahaja dibina dan ia adalah unit terakhir enjin W16 quadturbo sah digunakan untuk jalan.
8. Rolls-Royce Sweptail – RM 60.4 juta
Hanya satu unit sahaja yang dihasilkan oleh coach builder yang sama menghasilkan kapal terbang peribadi mewah dan juga kapal layar mewah. Ia merupakan sebuah grand tour mewah yang hanya memuatkan 2 penumpang sahaja dalam satu masa. Ia dikuasakan oleh enjin 6600cc V12 menjana 453 kuasa kuda serta disambungkan dengan transmisi ZF 8 kelajuan
9. Bugatti La Voiture Noire – RM 63.2 juta
Hanya satu unit sahaja dihasilkan dan ia adalah model termahal daripada Bugatti. Model ini dihasilkan dengan bantuan coach builder mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan bermula dari idea sehinggalah rekaan penuh bagi mematuhi regulasi.
Ia adalah jelmaan semula model Type 57 SC milik Jean Bugatti yang hilang sebelum perang dunia kedua meletus. Rekaan agresif boleh dilihat pada corak rim, 6 tip ekzos, rekaan depan tang baru, logo Bugatti yang besar di belakang serta disudahkan dengan warna hitam, iaitu warna asal Type 57 SC.
10. Rolls-Royce La Rose Noire Droptail – RM 141 juta (anggaran)
Diperkenalkan pada tahun lepas dengan hanya 4 unit sahaja yang akan dihasilkan, 2 daripadanya telah dijual kepada pembeli. Setiap unit akan diberikan nama serta warna yang berbeza. 2 yang sudah dijual adalah La Rose Noire dan kedua adalah Amethyst
Cesinya dikelaskan sebagai full size ultra luxury coach build, 2 tempat duduk, enjin depan dan pacuan roda belakang. Rekaan luarnya pula menggunakan konsep cabriolet dengan menggunakan enjin V12 6750cc turbo berkembar
11. Alza Vtectec Mekanika – hanya ada satu saja di dunia, berjaya mengalahkan Alza baru Abang Gan Pandu Laju 8 tiang..

