Buletin

MASUKKAN CECAIR PENCUCI KE DALAM ENJIN, PEMILIK MINI TERIMA KEJUTAN INI

Seorang wanita di Jerman terkejut besar apabila membuka hud kereta dan mendapati enjin MINI miliknya seperti diselaputi lumpur tebal.

Kalau dilihat pada gambar ini, keadaan enjin tersebut memang tiada harapan untuk diselamatkan lagi.

Tetapi apa yang berlaku sebenarnya? Pemilik MINI itu dikatakan telah memasukkan beberapa liter cecair pencuci pakaian ke dalam enjin. Sebab dia bertindak demikian adalah kerana mendapati tahap air untuk mencuci cermin utama sudah hendak kering.

Tidak lama kemudian, dia mendapati ekzos kereta mengeluarkan asap berwarna biru dan bergegas menghantarnya ke bengkel berhampiran.

Sebaik sahaja mekanik membuka hud enjinnya, mereka terkejut dengan apa yang dilihat. Bahagian bawah enjin juga diselauti oleh selut yang sama.

BACA: MINI JOHN COOPER WORKS CLUBMAN & COUNTRYMAN – BERMULA RM328,888

Gambar itu turut dikongsi oleh laman Facebook milik sebuah kelab BMW di Perancis. Nampaknya, memang kena beli enjin baru lah. Tidak ada pilihan lain.

kredit foto: FB Club BMW région centre

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button