Artikel Pilihan

WAGON : ANTARA PRAKTIKALITI, KELAJUAN ATAUPUN KEUNGGULAN

Tengok tajuk artikel dah nampak gaya penulisan yang penuh ilmiah. Tapi jangan risau, Brader Karrager takkan menulis gaya buku teks Sejarah Tingkatan 5. Karang tak sampai perenggan kedua, hangpa semua pakat menguap pula. Jadi, marilah kita menelusuri kisah wagon ini.

BACA : NISSAN AD RESORT SI MANJA MERAH – DARI KERETA PASAR MALAM JADI WAGON YANG MEMUKAU

BACA : PANAMERA WAGON-REKABENTUK PORSCHE YANG SEMAKIN ANEH

Wagon ini secara harfiahnya mudah dikenali kerana ianya berasaskan kereta sedan penumpang yang mana turut mempunyai Pillar D yang memanjangkan bumbung, lantas penggunaan tailgate berbanding trunk lid seperti kereta biasa. Ini membolehkan ruangan kargo yang jauh lebih besar dan praktikal untuk mengusung peti ais tiga pintu berbanding ruangan bonet Persona yang hanya boleh menyumbat seekor Panda dewasa sahaja.

Tahukah pembaca bahawa Station Wagon dan Wagon juga merujuk kepada kenderaan yang sama? Manakala di UK, mereka lebih menggunakan istilah Estate. Tapi bagi pengeluar kereta, mereka lebih gemar menggunakan istilah sendiri. Mercedes, Chevrolet dan Renault memilih untuk menggunakan Estate, BMW pula Touring, manakala Peugeot memilih istilah Station Wagon atau Sports Wagon (SW). Audi pula memilih untuk lebih catchy apabila menamakan model mereka sebagai Avant.

Di Tanah Melayu, sekitar era 90an Nissan AD Resort muncul sebagai Wagon yang paling handal. Menguasai vakum pasaran yang lompong dan hampir tiada persaingan. Banyak digunakan oleh peniaga pasar malam mahupun syarikat tembakau untuk menghantar stok ke kedai-kedai runcit seluruh Semenanjung. Jelas sekali praktiliti sebuah Wagon dengan harga yang mampu milik terbukti menjadi faktor utama mengapa ianya begitu popular. Dan popularnya terus memuncak apabila penggemar modifiaksi mula memburunya untuk men-JDM-kan kepada Nissan Wingroad. Tetapi ketika era Hail Amir tengah sedap, beberapa model lama seperti Toyota DX Wagon turut pernah mengambil peranan sebagai nadi utama untuk berniaga di Pasar Malam juga.

Namun bagi penggemar kelajuan dan berjiwa muda serta slip gajinya tiada lagi potongan Angkasa, masih ada beberapa pilihan buat mereka walaupun dalam masa yang sama masih inginkan praktikiliti sebuah Wagon. Mitsubishi Lancer Evolution IX Wagon adalah jawapan yang tepat. Ini adalah satu-satunya pilihan Wagon yang ada berasaskan model Evo. Dia punya rare jangan cakaplah. Ada duit pun belum tentu boleh buat hantaran meminang. Manakala model Subaru Impreza WRX Wagon pula sudah tentu tidak mahu kalah untuk bersaing dengan jenama Mitsubishi bagi kategori Wagon ini.

AKan tetapi, buat mereka yang duitnya jenis berkoyan dalam bank, sudah tentulah jenama premium seperti Mercedes E250 AMG Estate boleh dijadikan sebagai kenderaan untuk berkunjung ke IKEA misalannya. Praktikaliti, mewah, bergaya, keunggualan dan tidak lupa juga laju. Bagi yang duitnya jenis tak berapa nak koyan, pilih sahaja Mazda 6 Wagon. Kalau setakat pergi Bukit Bintang, masih banyak mata yang akan memandang juga sebenarnya. Ada member Brader Karrager, Haji Sepat namanya pun turut menggemari Mazda 6 Wagon ini. Boleh mengusung basikal lipat dan basika lumba di bahagian belakang tanpa menghalang penglihatan seperti kelaziman kereta yang meletakkan basikal di bahagian cermin belakang katanya. Hmmm, Perodua Alza itu pun kira Wagon jugakan? Kan?

Google ads

B K

Back to top button