Artikel Pilihan

PERINGATAN: JANGAN PANDU MPV SEPERTI SEBUAH KERETA, SILA TONTON VIDEO INI

MPV saya ni mempunyai emblem sports, macam mana ni bang? Benar memang ada sesetengah syarikat yang menamakan MPV keluaran mereka dengan nama sports. Tetapi percayalah, agak mustahil bagi sesebuah MPV untuk mempunyai pengendalian seperti sebuah kereta tanpa mengira
model sports ataupun tidak. 

Video yang kami maksudkan ini memaparkan bagaimana sebuah Opel Zafira OPC terbabas sewaktu mengambil selekoh di litar Nurburgring. Nasib baik dalam litar, kalau di jalan raya biasa memang sadislah penamatnya.

Untuk pengetahuan anda, Opel Zafira OPC yang sudah berusia lebih 15 tahun ini merupakan sebuah MPV paling laju di dunia satu ketika dahulu. Dilancarkan di Geneva Auto Show  2001, ia dikuasakan oleh enjin petrol 2.0-liter  turbo yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 192bhp.

BACA: RENAULT ESPACE F1, MPV TERPANTAS DI DUNIA!

Fakta yang agak menarik untuk dikongsikan ialah Opel Zafira sebenarnya direka oleh Porsche, kira Porsche Design jugaklah ni. Sebagai sebuah MPV, ia cukup menakjubkan.  Pecutan 0-100km/j mampu dicapai dalam masa cuma 8.2 saat dengan kelajuan maksima 220km/j. Ia turut dipasarkan di Malaysia tetapi bukan versi OPC. Kemudian pada tahun 2003 ia dijenamakan semula dengan nama Chevrolet Nabira.

Namun begitu MPV tetap MPV. Ia memang tidak dihasilkan untuk menakluk litar seperti sebuah kereta penumpang biasa, apatah lagi model-model sport. Walaupun ia cukup berguna untuk kegunaan keluarga tetapi lain pula keadaannya di dalam litar.

Kita dapat saksikan bagaimana kereta ini terbabas akibat oversteer sewaktu di selekoh dan meluncur di atas rumput sebelum menghentam penghadang sisi. Sebaik sahaja MPV itu berhenti sepenuhnya, pemandu tersebut segera memasuki litar kembali.

Nasib baiklah pemandu lain yang berada di belakangnya sempat memberhentikan kereta masing-masing dan memberikan ruang kepada pemandu tersebut dengan secukupnya.

Walaupun percubaan memecahkan rekod Nurburgring pemandu ini gagal, namun beberapa tahun lepas ada sebuah MPV yang telah berjaya mencatatkan rekod pusingan 9 minit 5 saat. Ia merupakan sebuah Volkswagen T5 yang ditala oleh REVO.

Google ads
Back to top button