Artikel Pilihan

CHE TA TERIMA HAVAL H2

Boleh tahan juga tajuk artikel Brader Karrager kali ini. Serupa portal OhBintang pula rasanya. Tapi selagi mana membabitkan permotoran, selit sikit-sikit gambar artis kira oklah kan. Kira beruntung jugalah, apabila pelakon yang menjadi idaman lelaki seMalaya, Rozita Che Wan telah menerima Haval H2 dari Go Auto.

BACA : PENJENAMAAN SEMULA M4 – HAVAL TAWAR JAMINAN BELI SEMULA SELEPAS 5 TAHUN DENGAN NILAI 50%

BACA : HAVAL H2 – MAMPUKAH BERI IMPAK DALAM SEGMEN SUV?

Rozita Che Wan telah pun menerima sebuah unit Haval H2 berwarna Merah dalam satu majlis sebagai tanda penghargaan, memandangkan beliau adalah juta bagi jenama dari China ini sejak Oktober tahun lalu. Pelakon yang terkenal pekat loghat Utaranya itu anggun berbaju Peplum warna biru langit ketika hadir untuk sesi penyerahan kunci. (Apa pasal ayat Brader ni dah serupa Wartawan Hiburan ni?? Haih!)

Apa yang menariknya, Che Ta turut diberikan kejutan dengan pemilihan no pendaftaran kenderaan RQ2174 (ROZITA), juga hadiah daripada Go Auto. Entah berapalah pula yang pihak Go Auto ini membayar untuk mendapatkan no pendaftaran tersebut.

Pemilihan Che Ta sebagai Duta bagi jenama Haval di Malaysia ini sebenarnya mendatangkan faedah juga kepada mereka. Iyalah, umum mengetahui, penajaan ini kalau kena gaya memang boleh betul-betul buat duit. Dan rasanya tidak susah untuk kita melihatkan kelibat jenama Haval terutamanya model H1 di atas jalanraya sejak akhir-akhir ini.

Haval H2 yang dipandu sewaktu pulang beraya ke Kedah nanti ini bersesaran 1.5 liter tetapi dilengkapi dengan pengecas turbo. Sedap nak pandu sewaktu di atas lebuhraya orang kata. Haval H2 ini turut dilengkapi dengan beberapa ciri yang akan memudahkan Che Ta untuk mengemudi SUV seperti sistem pemantau tekanan tayar (TPMS). Enam beg udara turut dibekal bagi melindungi keluarga ini sepanjang perjalanan disamping ianya turut dilengkapi dengan ESP, ABS, EBD bagi menjadikan model ini tidak segan untuk bersaing dengan SUV yang seangkatan dengan beliau.

Manakala sunroof kawalan elektrik yang tersedia menambahkan lagi seri pada H2 ini berserta dengan sistem audio menggunakan skrin sentuh bersaiz 3.5 inci. Nah, kini anda pun mampu pulang beraya bergaya seperti Che Ta. Eceh!

Cuma sekarang ini, siapakah yang paling untung dalam cerita ini? Che Ta kah? Zain Saidin kah? Atau pun si comel Aaisyah kah?

Sumber Gambar : Haval Malaysia

Google ads

B K

Back to top button