Buletin

MAZDA BAKAL LANCAR EV TAHUN DEPAN, PLUG-IN HYBRID PADA 2021-2022

Mazda dilapor akan melancarkan beberapa model dan rangkaian kuasa baharu bagi memastikan ia dapat memenuhi piawaian emisi yang semakin ketat di Eropah. 

Ketua Pegawai Eksekutif Mazda, Akira Marumoto mengesahkan bahawa Mazda bakal memperkenalkan kenderaan elektrik pertamanya tahun depan. Sebelum diikuti oleh model-model plug-in hybrid pada tahun 2021 atau 2022. 

“Pertama, enjin Skyactiv-X yang kami lancarkan tahun ini mengeluarkan kurang 100g/km CO2. Kedua, kenderaan elektrik pertama Mazda akan berada di pasaran tahun depan. Akhir sekali, kami akan memperkenalkan model plug-in hybrid bermula tahun 2021 atau 2022. 

“Jadi, kami akan mencapai sasaran emisi, walaupun mungkin berdepan sedikit kesukaran pada tahun hadapan,” jelas Marumoto. 

Perincian mengenai kereta elektrik pertama Mazda bagaimanapun sangat terhad. Maklumat setakat ini menyatakan EV tersebut adalah model tersendiri dan tidak berasaskan pada mana-mana model sedia ada Mazda. 

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Lebih menarik lagi, kereta itu bakal dilengkapi teknologi rangkaian kuasa Mazda sendiri, bukannya sistem elektrik yang dibangunkan bersama Toyota dan Denso.    

Buat masa sekarang, Mazda sedang sibuk membangunkan versi mild-hybrid untuk rangkaian kuasa Skyactiv-X. Pasukan jurutera Mazda juga menambah baik kecekapan enjin diesel yang kini digunakan pada model-model seperti Mazda6 dan CX-5. 

Menurut Marumoto, dia percaya rangkaian kuasa paling efisien untuk SUV serta sedan bersaiz besar ialah gabungan enjin diesel dan motor elektrik.  

Tags
Google ads
Back to top button