Buletin

LEXUS MALAYSIA BUKA TEMPAHAN NX300 2019 – HARGA BERMULA RM313,888 SEUNIT

Lexus Malaysia kini mula mengambil tempahan pra-pelancaran bagi model SUV mewah urban Lexus NX300 2019

Dibangunkan melalui konsep “Premium Urban Sport Gear”, Lexus NX didatang dalam tiga varian iaitu NX300 Premium, NX300 Urban dan NX300 F-Sport. 

Kemas kini terpenting yang diberikan pada Versi 2019 ialah Lexus Safety System +  (LSS+) yang terdiri daripada pelbagai ciri keselamatan aktif canggih.

Ia berfungsi mengelakkan kemalangan akibat kelekaan pemandu, selain mengurangkan kesan dan kecederaan pada penumpang sekiranya berlaku perlanggaran.

Ciri-ciri seperti Pre-Collision System (PCS), Lane Tracing Assist (LTA), Lane Departure Alert (LDA), Pre-collision Brake Assist, Dynamic Radar Cruise Control (DRCC), Active Cornering Assist (ACA), Parking Support Alert dan Adaptive High-beam System (AHS) merupakan sebahagian daripada senarai ciri keselamatan yang ada pada NX300 2019. 

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Pasukan jurutera Lexus turut memperhalusi Lexus NX ini. Bagi beberapa variannya, penyerap hentak prestasi atau rod prestasi digunakan untuk memantapkan lagi casis.

Dibangunkan bersama Yamaha, penyerap hentak itu membantu mengurangkan gegaran dan menawarkan kabin yang lebih selesa.

Lexus NX300 2019 hadir dalam tujuh pilihan warna iaitu Carnelian, Amber CS, Sonic Titanium, Sonic Quartz, Graphite Black GF, Red MC CS dan Sparkling Meteor ME. Bagi NX300 F-Sport pula, ia ditawarkan dalam warna khas Heat Blue CL atau Lava Orange CS.

Lexus NX yang diimport sepenuhnya ini ditawarkan dengan jaminan komprehensif lima-tahun tanpa had perbatuan. Sokongan penuh lepas jualan juga disediakan di tujuh lokasi seluruh Malaysia dan dikendalikan oleh juruteknik profesional.  

Tags
Google ads
Back to top button