Buletin

ABANG BOTAK DIBEBASKAN SEMENTARA, DIKENAKAN JAMINAN RM6,000

Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara yang sebelum ini dikenakan ke atas abang botak. 

Ini bermakna, dia yang nama sebenarnya Danial Tan Abdullah telah dibebaskan buat sementara selepas enam hari bermalam di penjara. 

Mahkamah turut menetapkan jaminan sebanyak RM6,000 dan memerintahkan Danial untuk melaporkan diri dua kali sebulan di balai polis berhampiran, 

Dia dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan kerana bertindak memecahkan cermin hadapan sebuah kereta menggunakan topi keledar. Tindakan agresifnya itu telah dirakam dan tular di media sosial pada bulan puasa lalu. 

Menurut Danial, dia bertindak demikian kerana berang dihon dan ditunjukkan jari oleh pemilik kenderaan terbabit. 

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Hukuman itu bagaimanapun mendapat reaksi berbeza daripada orang awam yang beranggapan ia terlalu berat. Malah ada seorang peguam wanita, Suzana Norlihan Ujen tampil membantu untuk mengemukakan rayuan terhadap hukuman yang tekah dikenakan. 

Suzana berbuat demikian kerana simpati dengan nasib Danial dan membandingkan seorang pelawak yang hanya dikenakan hukuman denda selepas didapati bersalah memukul seorang pengawal keselamatan. 

Peguam yang mewakili Danial, Nur Rafiudin Maswari mengsahkan bahawa anak guammnya telah memfailkan semakan terhadap hukuman penjara 12 bulan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 3 Jun lalu. 

sumber: Sinar Harian

Google ads
Back to top button