Pandu Uji

MAZDA BIANTE 2.0 SKYACTIV

PWTC? Di mana tu? Tidak perlu, kami buat sendiri di pusat beli-belah One Utama. Itulah mesej yang seolah-olah ingin disampaikan oleh pengedar rasmi kenderaan jenama Mazda di Malaysia, Bermaz Motor Sdn. Bhd. (Bermaz) apabila ia menganjurkan sendiri satu mini ‘Motor Show’ kenderaannya di sana. 

SONY DSC

Orang ramai boleh melihat rangkaian penuh model yang ditawarkan oleh Bermaz secara dekat, dalam keadaan lebih selesa sepanjang minggu ini. Apa yang menariknya, ini bukan sekadar satu sesi pameran. Tetapi turut bertindak sebagai platform untuk melancarkan dan membuat previu tiga model baharu Mazda kepada umum.

SONY DSC

Tiga model tersebut ialah MPV Mazda Biante, SUV CX-9 dan previu model yang ditunggu ramai, sedan Mazda3. Saya akan menulis kesemua model baharu ini dalam tiga artikel berbeza. Apa kata kita mulakan dengan Mazda Biante dahulu.

Mazda Biante sebenarnya sudah dipasarkan sejak beberapa tahun lalu di Jepun. Untuk pasaran luar, Biante telah menembusi Indonesia. Sebabnya, Indonesia merupakan pasaran MPV yang matang, lagipun duti importnya juga lebih rendah. Jadi Mazda melihat potensi penerimaan model tersebut adalah lebih baik berbanding pasaran di Asia Tenggara yang lain.

bb

Biante melengkapkan lagi barisan model MPV yang ditawarkan oleh Bermaz sebelum ini iaitu Mazda5 dan Mazda8. Maksudnya, ia tidak menggantikan mana-mana model MPV Mazda.

Harus tahu bahawa Biante ialah MPV pertama yang dilengkapi oleh teknologi SKYACTIV. Justeru, jentera ini dipasang dengan rangkaian kuasa yang terdiri daripada enjin petrol SKYACTIV-G bersesaran 2.0 liter.

biant

Enjin dengan nisbah tekanan tinggi 12.0:1 ini kemudian dipadankan bersama kotak gear SKYACTIV DRIVE enam kelajuan automatik. Ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 149hp @ 6,000rpm dan tork puncak190Nm @ 4,100rpm. Bagi meningkatkan aspek penjimatan bahan api, Biante didatangkan dengan sistem melahu i-Stop.

Penampilan Biante nampak berbeza menerusi rekaannya yang tidak konvensional. MPV ini juga  menawarkan pemanduan yang tegar menerusi penggunaan material ringan dan kukuh.

b

Sebagai sebuah MPV, ruang kabin Biante direka agar luas dan praktikal. Boleh menempatkan tujuh penumpang dengan selesa, Biante mengetengahkan rekaan dalaman yang moden.

Kerusinya direka supaya mudah dilipat untuk memberi lebih ruang kargo. Bukan itu sahaja, kedudukan tempat duduk baris kedua dan ketiga adalah lebih tinggi berbanding tempat duduk hadapan. Sementara pintu gelonggor berkuasa elektrik pada kedua-dua belah sisi kenderaan memudahkan urusan keluar dan masuk.

biab

Cuma, apa yang saya tidak gemar ialah warna beige pada keseluruhan ruang kabin termasuklah fabrik tempat duduk. Memang nampak cantik dan luas, tetapi ia juga sangat mudah kotor.

Sistem keselamatan Biante terdiri daripada ABS empat roda (4W-ABS), EBD, Dynamic Stability Control (DSC) , Traction Control System (TCS), ISOFIX dan dua beg udara.

SONY DSC

Diimport sepenuhnya dari Jepun, Biante ditawarkan pada harga RM149,781 seunit (di atas jalan termasuk insurans). Anda boleh memilih daripada empat warna yang disediakan iaitu hitam, perak, putih dan radiant ebony mica (warna macam coklat kot).

[hr] Galeri

b.jpg1bianSONY DSCSONY DSCbiante

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button