Buletin

KLIMS’13: VW POLO HATCHBACK CKD

Hanya sebulan selepas melancarkan model Polo Sedan CKD, pengedar kenderaan jenama Volkswagen di Malaysia, Volkswagen Group Malaysia Sdn. Bhd. (VGM) memperkenalkan pula Polo hatchback di Kuala Lumpur International Motor Show 2013 (KLIMS’13) yang membuka tirainya kepada umum mulai hari ini. 

SONY DSC

Menjadi model ketiga dipasang di kilang DRB-Hicom di Pekan, Pahang, Polo hatchback dilihat mampu menarik perhatian golongan muda menerusi rekaan luaran yang minimalis dan kualiti kejuruteraan Jerman.

Polo hatchback dikuasakan oleh rangkaian kuasa yang sama pada Polo Sedan iaitu unit enjin Multi-point Injection (MPI) dan dipadankan bersama kotak gear automatik enam kelajuan bersama ciri Tiptronic.

SONY DSC

Dengan kemampuan menjana kuasa sehingga 105PS @ 5,250rpm dan tork maksimum 153Nm @ 3,800rpm, saya yakin jentera ini menawarkan penjimatan bahan api serta pemanduan mengujakan.

Dari segi penampilan luaran, model kompak ini hanya memiliki sedikit perbezaan berbanding Polo 1.2 TSI. Antaranya ialah lampu belakang dan penggunaan perumah lampu hadapan berwarna jernih (model TSi berwarna gelap).

New Polo 1.6_Interior

Peralatan di dalam kokpit adalah sama seperti Polo Sedan. Ia menggunakan sistem audio RCD 320, pendingin hawa automatik Climatronic, di samping Sistem Tindak balas Kemalangan Pintar (ICRS).

Besar kemungkinan, VGM tidak lagi akan menawarkan Polo 1.2 TSI sejurus Polo CKD dipasarkan.  Harus ingat, model ini hanya previu sahaja. Pelancaran rasminya dijangka diadakan pada tahun depan dengan harga sekitar RM85,000 hingga RM90,000 seunit.

SONY DSC

“Dengan reka bentuk sporty dan dinamik, Polo 1.6 terbaharu disasarkan kepada golongan muda atau mereka yang berjiwa muda,” kata Pengarah Urusan VGM, Dr. Zeno Kerschbaumer.

Pertama kali menyertai KLIMS, VGM tampil gah dengan menguasai ruang paling besar di acara tersebut. Ruang berkeluasan 1,100 meter persegi di Dewan Pameran 2 itu menempatkan 19 unit kenderaan VW yang sudah pun ditawarkan di Malaysia sekarang. Ini termasuklah Polo Sedan, Polo GTi, varian Golf, Beetle, Jetta, Passat, Volkswagen CC, Scirocco, Cross Touran, Sharan, Tiguan dan Touared TDI.

SONY DSC

Bagi menjadikan tapak pamerannya lebih menarik, VGM turut mempamerkan model “cut-out” Golf yang menyerlahkan inovasi, teknologi dan sistem keselamatan di sebalik jentera tersebut.

Turut membuat debut di pameran itu ialah edisi istimewa Beetle Fender yang dilengkapi sistem bunyi rekaan Fender. Ia merangkumi lapan buah pembesar suara, sebuah subwoofer dan amplifier berkuasa 400-watt.

SONY DSC

Tidak ketinggalan memeriahkan ruang pameran VGM ialah jentera pelumbaan Polo WRC yang baru  sahaja mencatat kemenangan dalam Rali Monte Carlo dan Kejohanan Rali Dunia FIA (WRC) 2013.

Bagi memupuk kesedaran mengenai kecekapan pengunaan bahan api dan kelestarian alam sekitar, VGM juga menyediakan satu ruang pameran yang dikenali sebagai  “Think Blue”.

[hr]Galeri

SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCNew Polo 1.6_Exterior_Front view (2)New Polo 1.6_Exterior_Front view (3)New Polo 1.6_Interior (2)

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button