MAZDA CX-9 AKHIRNYA DIHENTIKAN JUALAN DI USA
Mazda Amerika Syarikat dalam satu kenyataan rasmi mengumumkan penamatan penjualan bagi model crossover tiga baris tempat duduk Mazda CX-9 di pasaran tersebut selepas model tahun 2023.
Tempat CX-9 akan digantikan terus oleh Mazda CX-90 2024 yang telah dilancarkan awal tahun lalu.
Generasi CX-9 sedia ada muncul secara rasmi pada acara Los Angeles Auto Show 2015 dengan membawakan platform dan enjin Skyactiv baharu, serta bahasa rekaan Kodo yang lebih mewah.
Namun pada Januari 2023, Mazda telah melancarkan model baharu CX-90 yang lebih sofistikated, serta tidak ketinggalan penawaran enjin enam silinder sebaris yang lebih moden.
Ini menjadikan model Mazda CX-9 tidak lagi relevan untuk dikekalkan dalam pasaran, menyebabkan Mazda membuat keputusan untuk menamatkan terus penawaran model tersebut.