Artikel Pilihan

MAZDA FAILKAN PATEN ENJIN 2 LEJANG DENGAN SUPERCAJ YANG CANGGIH

Tahukah anda bahawa enjin 2 lejang masih lagi digunakan dalam industri termasuk enjin kapal Wärtsilä RT-flex96C. Dari segi rekaan enjin 2 lejang dipilih kerana ia lebih ringkas dalam aspek mekanikal, lebih ringan dan menjadi pilihan enjin bagi kenderaan berat termasuk beberapa buah kereta perisai seperti ACV Adnan.

Namun enjin 2 lejang semakin tidak mendapat sambutan atas 2 kelemahan utama iaitu masalah pencemaran udara serta enjin beroperasi dalam julat RPM yang sempit. Tapi kelebihan ini juga menarik perhatian Mazda, sebuah syarikat automotif yang suka melaksanakan sesuatu projek dalam cara yang kreatif dan berbeza.

Konsep asas paten ini masih menggunakan teknologi SkyActic-X dan melalui paten ini, Mazda mereka enjin 2 lejang agar beroperasi dengan konsep yang sama seperti SkyActiv-X. Dalam konsep SkyActiv-X, petrol akan dibakar dengan kaedah tekanan, dan flame propagation tapi pembakaran dimulakan dengan palam pencucuh bagi memastikan kecekapan penggunaan bahan api

Enjin 2 lejang dalam paten Mazda ini boleh mengubah kaedah pembakaran kepada penggunaan palam pencucuh semasa keadaan bebanan tinggi atau RPM tinggi. Proses penyedutan udara atau scavenging akan dibantu dengan penggunaan unit supercaj Roots dan pada hemat penulis, nisbah udara kepada petrol adalah setinggi 1:37.

Dalam pembakaran biasa enjin petrol, nisbah petrol kepada udara ialah 1:14.7 bagi menghasilkan pembakaran yang ideal. Nisbah ini ditinggikan bagi mengurangkan kebarangkalian campuran udara dan petrol ini mengalami knocking ketika beroperasi

Enjin ini juga akan dipasang dengan sistem pemasaan injap VVT bagi mengawal nisbah mampatan dan juga kemasukan udara dengan menggunakan supercaj. Pemerhati automotif membuat spekulasi bahawa ini merupakan usaha berterusan oleh Mazda yang patut dipuji dalam usaha memastikan enjin pembakaran dalam terus mendapat tempat dalam dunia automotif yang berubah ke arah EV

Kajian dan paten yang dibangunkan oleh Mazda ini juga bertujuan memastikan enjin baru menjadi semakin cekap tenaga, lebih menjimatkan serta mematuhi undang-undang pelepasan asap. Namun setakat ini kita masih tidak mengetahui model mana yang akan menggunakan enjin 2 lejang ini ataupun paten ini hanyalah sekadar ujian Mazda terhadap potensi yang ada pada enjin 2 lejang

Google ads
Back to top button