
MAZDA MX-5 MIATA 2023, MODEL MAZDA YANG PALING BOLEH DIHARAP
Jenama Mazda merupakan satu jenama yang sangat sinonim dengan keboleharapan dan masih boleh dipandu tanpa masalah selepas beberapa tahun. Selama beberapa sedan Mazda seperti Mazda3 dan juga SUV CX-5 mendahului sebagai model paling tahan lasak daripada Mazda
Namun mengikut Consumer Report, model paling lasak daripada MAzda bukannya Mazda 3 ataupun CX-5 tapi kereta sport iaitu Mazda MX-5 Miata. Keputusan dan data yang diperolehi oleh Consumer Report ini agak mengejutkan kerana kebiasaanya kereta sport cenderung untuk menghadapi lebih banyak masalah disebabkan trenkuasa yang rumit dan enjin yang berkuasa.
Namun menurut Consumer Report, data menunjukkan MX-5 Miata kerana menerima komplen bagi kereta jenama Mazda malah kualiti binaannya lebih baik berbanding dengan Mazda CX-5. Menurut USA Today pula, Mazda MX-5 Miata berada pada kedudukan nombor 5 bagi 10 model kereta paling dipercayai pada tahun 2022.
Selama setahun Consumer Report mengumpul data menerusi Auto Reliability Study daripada semua pemilik kenderaan yang dijual di Amerika termasuklah daripada jenama Mazda. Pemilik kenderaan baru ini akan melaporkan terus semua masalah yang dialami oleh kenderaan mereka seperti brek, enjin, kualiti cat, bunyi, kebocoran dan juga masalah sistem elektrikal
Data ini mendapati Mazda MX-5 Miata yang dijual di Amerika adalah paling kurang bermasalah, mengatasi model lain yang lebih popular seperti Mazda 3 dan juga CX-5. Malah Mazda Miata MX-5 juga merupakan satu-satunya kereta sport yang boleh diharap menerusi data Consumer Report. 3 jenama lain yang berjaya mengatasi Mazda ialah Toyota, Lexus dan BMW
Selain daripada boleh diharap, Mazda MX-5 Miata merupakan model yang sangat seronok untuk dipandu setiap hari. Ia ditawarkan dengn enjin pilihan 2000cc 4 silinder yang berupaya memecut 0-100km/jam dalam masa 5.7 saat. Halaju maksima Mazda Miata MX-5 pula dihadkan kepada 230km/jam, namun keupyaan sebenar MX-5 Miata ialah pada dinamik pemanduan
Ia menawarkan pengedalian yang lincah, stering yang responsif dan keupyaan untuk mengambil selekoh. Malah jika dipandu dengan berhemah, ia masih berupaya menawarkan penggunaan bahan api sekitar 16km/liter selain turut diberikan ciri moden lain seperti penyaman udara automatik, Apple Car Play/Android Auto, sistem audio dengan pembesar suara Bose dan lampu depan LED

