Buletin

MBM LANCAR SUV GLC COUPE & GLS

Kalau ada anugerah untuk pengeluar yang melancarkan model paling banyak pada tahun ini, ia memang menjadi milik Mercedes-Benz.Dalam tempoh sepuluh bulan, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telahpun melancarkan 12 buah kenderaan, dengan satu lagi model akan diperkenalkan dalam tempoh dua minggu lagi.

Mercedes-Benz GLS-G-Class-GLC-Coupe-mekanika (1)

Pagi tadi, MBM memperkenalkan tiga model SUV ke pasaran tempatan iaitu Mercedes-Benz GLC Coupe, GLS dan Mercedes-AMG G 63. Pengenalan ketiga-tiga model itu melengkapkan tawaran MBM dalam segmen SUV mewahnya untuk pelanggan di Malaysia.

Mercedes-Benz-GLC-Coupe-mekanika (2)

GLC Coupe

SUV saiz sederhana itu tampil bergaya dengan gabungan rekaan sebuah SUV dan coupe. Dengan gaya yang progresif, model crossover itu dikatakan sebagai petunjuk kepada model Mercedes-Benz generasi seterusnya.

Dilengkapi kemasan luaran AMG Line, GLC Coupe memang cukup spoty bersama gril radiator diamond dan rim aloi ringan bersaiz 20 inci. Ruang kabin meneruskan tema sporty menerusi tempat duduk dibalut kulit ARTICO, pedal sport AMG, stereng rata pada bahagian awahnya dan karpet lantai AMG.

Mercedes-Benz-GLC-Coupe-mekanika (1)

Jentera itu dijana oleh unit enjin bersesaran 2.0 liter yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 155hp dan tork puncak 350Nm. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear 9G-TRONIC Sembilan kelajuan automatik.

Rangkaian kuasa tersebut membolehkannya memecut sehingga 250km/j dengan penggunaan bahan api sekitr 7.3 liter bagi setiap 100km.

Mercedes-Benz-GLC-Coupe-mekanika (3)

Menggabungkan aspek gaya dan fungsi, antara pilihan teknologi yang disediakan untuk GLC Coupe termasuklah sistem lampu utama LED pintar.

Di bahagian kabin pula, SUV itu menawarkan rasa mewah kepada pemiliknya. Ciri-ciri pintar seperti JANDS FREE ACCESS dan Active Parking Assist denganPARKTRONIC pasti dapat memudahkan pemanduan sepanjang perjalanan.

GLC Coupe ditawarkan pada harga RM423,888 seunit dan RM423,888 (di atas jalan tidak termasuk insurans) untuk varian yang dipasang dengan sistem bunyi keliling Burmester.

Mercedes-Benz-GLS-mekanika (2)

Mercedes-Benz GLS

Dianggap sebagai S-Class dalam kalangan SUV, GLS sememangnya menawarkan tahap kemewahan, versatiliti dan kehalusan buatan yang tiada tandingan. SUV tujuh tempat duduk itu menyediakan ruang kabin yang luas, dinamik pemanduan dan aspek keselamatan yang terbaik dalam kelasnya.

Sama seperti GLC Coupe, GLS turut menggunakan gayaan AMG pada bahagian luaran dan dalamannya. Penampilan diserlahkan lagi dengan rim aloi ringan AMG bersaiz 21 inci.

Mercedes-Benz-GLS-mekanika (4)

Di ruang kabin, kemewahannya dilengkapkan lagi dengan sistem bunyi Harman Kardon Logic 7. Bagi memenuhi perluan penumpan, kargo GLS adalah seluas 2,300 liter.

Jentera itu menggunakan khidmat enjin V6 biturbo bersesaran 3.0 liter. Berupaya menghasilkan kuasa mencecah 333hp dan tork 480Nm, ia dipadankan dengan kotak gear 9G-TRONIC Sembilan kelajuan automatik.

Harganya? RM888,888 seunit (di atas jalan tidak termasuk insurans).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button