Buletin

MENANGI BEKALAN MINYAK PERCUMA SELAMA 1 TAHUN DENGAN PERADUAN FUELSYOK PETRON

Petron dengan kerjasama para pengusaha stesennya akan memberi ganjaran kepada 180 pelanggan bertuah berupa bekalan minyak percuma selama satu tahun yang  bersamaan 150,000 mata Petron Miles melalui peraduan ‘FuelSyok’.

Pemenang akan menerima 150,000 mata ganjaran Petron Miles dalam jangka masa satu tahun. Manakala 1,500 pelanggan lagi akan memenangi hadiah saguhati bernilai 3,000 mata ganjaran Petron Miles.

Semua stesen minyak yang turut serta akan mempunyai sekurang-kurangnya seorang pemenang daripada 1,680 nama yang akan dipilih.

“Kami sentiasa memikirkan cara untuk membantu meringankan beban yang dihadapi oleh pelanggan memandangkan rakyat Malaysia masih berada dalam situasi pandemik.

“Kami berharap melalui promosi ini, Petron dapat memudahkan kehidupan mereka dengan mengurangkan satu bebanan mereka,” kata pengusaha stesen Petron NKVE KL-Bound, Abdullah Adil Mohd Akhir. 

“Ini adalah cara kami untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kesetiaan pelanggan selama ini,” tambah pengusaha stesen Petron Kuchai Lama, Noraini Daud.

Pelanggan boleh menyertai peraduan secara automatik dengan setiap pembelian minyak terkumpul berjumlah RM50 dengan menggunakan kad Petron Miles sepanjang tempoh promosi bermula 1 Mac hingga 31 Julai 2021.

Choong Kum Choy, Ketua Dagangan Runcit dan Perniagaan Komersial Petron Malaysia memberitahu inisiatif itu khusus untuk membantu masyarakat setempat di mana Petron adalah sebahagian besar dari komuniti tersebut.

Maklumat lebih lanjut, sila layari www.petronmiles.com.my dan laman sosial media Petron di Facebook @PetronMalaysia, Twitter @Petron_Malaysia dan Instagram @petron_malaysia.

Google ads
Back to top button