Modifikasi

TOYOTA KE70 TEKSI DRIFT

Perkongsian minat modifikasi bukan sahaja dari segi usia, malah merentas batas geografi. Penduduk Tawau dan Mentakap tidak mengenali satu sama lain. Mungkin mereka tidak tahu pun geografi tepat daerah ini.

Toyota-KE70-Taxi-Drift-mekanika (1)

Namun, mereka berkongsi minat modifikasi yang sama. Di Mentakap pun banyak orang main Toyota dengan 4AGE.

Satu negeri yang sentiasa menampilkan kereta modifikasi unik ialah Changloon. OK tipu, Johor. JB boleh dikatakan pusat bagi modifikasi di bahagian selatan. Selain kereta-kereta Sultan yang eksotik, kereta rakyat Johor juga tak ketinggalan.

Toyota-KE70-Taxi-Drift-mekanika (2)

Binaan kereta drift dengan konsep dan tema begini memang popular. Pemiliknya, Ayit menampilkan satu lagi contoh iaitu KE70 dengan enjin SR20DET. Selalu saya jumpa KE drift banyak yang dah jahanam tak cukup sifat. Bampar tak ada, fender togel, lampu senget dan sebagainya. Memang kereta drift sepenuh masa asal-boleh-drift namanya.

Enjin SR20DET menerima beberapa peralatan iaitu wastegate Tial yang ditanam terus atas manifold asal SRi ni. Sebuah blow-off HKS dipasang untuk melepaskan boost. Sistem penghantaran bahan api disempurnakan oleh sebuah pam luaran daripada Mercedes-Benz.

Toyota-KE70-Taxi-Drift-mekanika (11)

Transmisi asal SR20 daripada half-cut dipasangkan sekali masa convert enjin ni. Cuma gandar belakang dikahwinkan dengan gandar Toyota Mark II. Untuk sebuah kereta drift, klac dan LSD adalah sangat penting. Jadi, ia dipasangkan dengan pelapik klac Ogura Racing.

Sistem suspensi hadapan kereta ini menggunakan set TEIN daripada S13. Tetapi suspensi belakang adalah gabungan spring Mercedes-Benz dan absorber dari sebuah lori 1 tan.

Toyota-KE70-Taxi-Drift-mekanika (10)

Power betul teknologi abad ke-21 mekanik Malaysia ni. Walaupun nampak caca-marba tapi setting ni memang terbaik kata Ayit untuk main drift. Brek-brek disalin terus dari half-cut Silvia S13 depan dan belakang.

Bahagian kabin kereta ditogelkan sepenuhnya kecuali sepasang kerusi depan, stereng dan papan pemuka asal. Prinsip kereta ni lagi ringan lagi bagus dan senang nak launching. Kalau ditanya kenapa KE70, sebenarnya kereta ni ekonomikal dan ada agihan berat yang bagus. Malah lebih senang nak drift KE70 berbanding Toyota Supra.

Toyota-KE70-Taxi-Drift-mekanika (4)

Bukan di Malaysia sahaja, tapi seluruh dunia yang tak banyak pilihan kereta berenjin FR, pastinya KE70 jadi senarai paling atas. Boleh pilih dan buat ilham dengan idea berbeza. Contohnya, layangkan warna kuning dengan tema teksi drift seperti yang dibuat oleh Ayit ni.

Kebelakangan ni gua rasa sukan drift di Malaysia semakin perlahan. Nampaknya kita macam balik zaman retro dulu, ramai yang suka main gymkhana dan drag berbanding drift.

Toyota-KE70-Taxi-Drift-mekanika (7)

Organisasi drift yang anjurkan acara ini pun dah lama bankrap agaknya. Memang susah nak anjurkan drift profesional ni sebab faktor trek je pun dah susah, apatah lagi juri dan pengadil sebab sukan ni bukan tentang kelajuan semata-mata, ia adalah seni.

Lagi senang, beli TZM main kat trek Kuala Selangor!

Google ads
Back to top button