Buletin

MENYOROK DALAM LORI SAYUR SEMATA-MATA NAK BALIK KAMPUNG

Apa sahaja dilakukan untuk pulang ke kampung halaman.berikutan larangan melakukan perjalanan pulang ke kampung yang berkuatkuasa 6 hingga 17 Mei di Indonesia.

Taktik terbaharu yang dikesan pihak berkuasa apabila terdapat individu yang sanggup menyelinap ke dalam lori yang membawa muatan sayur-sayuran.

Ia terbongkar selepas rakaman gambar serbuan dikongsikan oleh pihak Polis Metro Jaya menerusi akaun rasmi TMC Polis Metro dalam Instagram.

Pengarah Trafik Polis Metro Jaya, Sambodo Purnomo Yogo berkata, seramai tujuh individu ditahan di Kilometer 31, Jalan Tol Cikarang menghala ke Cikampek menerusi sekatan jalan raya yang dilakukan oleh pihaknya.

Katanya, individu itu membawa beg pakaian yang dibungkus dengan plastik di belakang lori yang dipenuhi sayur-sayuran.

Beliau menjelaskan, hasil siasatan mendapati mereka melakukan perjalanan dari Bekasi ke Garut di Jawa Barat kerana ingin pulang ke kampung halaman masing-masing. 

Operasi yang dijalankan melibatkan 31 pusat pos keselamatan yang terdiri daripada 17 pusat pemeriksaan dan 14 lokasi pengasingan.

Larangan tersebut melibatkan beberapa daerah di Indonesia yang bertujuan mengekang penyebaran wabak Covid-19. – agensi  

Google ads
Back to top button