
GURU BAHASA INGGERIS TAWAR KHIDMAT PERCUMA HANTAR PESAKIT COVID-19
Seorang guru Bahasa Inggeris menawarkan khidmat penghantaran pesakit Covid-19 secara percuma di Mumbai, India.
Dattatraya Sawant menggunakan motosikal roda tiga untuk melakukan usaha murni terbabit ketika pandemik Covid-19 semakin teruk di negara tersebut.
Dia turut memadankan pakaian pelindung diri (PPE) dan memastikan langkah-langkah kebersihan diambil dalam melaksanakan tugas berkenaan.
“Saya menghantar pesakit ke Pusat Penjagaan Covid-19 dan hospital secara percuma malah membawa pesakit yang keluar dari hospital dan Pusat Covid ke rumah masing-masing,”katanya kepada ANI.
Sehingga kini, seramai 26 pesakit Covid-19 yang telah mendapat perkhidmatan penghantaran secara percuma itu.
Sawant menambah dia akan terus memberikan pekhidmatan tersebut selagi gelombang Covid-10 berterusan. –india.com









