Buletin

PEMANDU LORI DAPAT SAMAN TAK PAKAI TOPI KELEDAR

Seorang pemandu lori di daerah Odisha, Ganjam, India disaman sebanyak 1,000 rupee (RM56.64) kerana kesalahan tidak memakai topi keledar semasa memandu lori­.

Lelaki berkenaan, Pramod Kumar Swain mengunjungi pejabat pengangkutan tempatan untuk memperbaharui permit lorinya.

Begitupun, dia dimaklumkan bahawa kenderaan yang dipandunya mempunyai saman tertunggak atas kesalahan memandu tanpa memakai topi keledar.

Berdasarkan laporan media tempatan, Pramod telah membayar saman berkenaan.

Menurut Pramod, dia memandu lori sejak tiga tahun lalu dan terlibat dalam perkhidmatan pembekalan air.

“Ini merupakan gangguan kepada orang awam dan mengutip wang rakyat de­ngan cara yang salah.

“Kerajaan perlu bertindak untuk mengelak kesilapan sama berulang,” katanya. – ANI

Google ads
Back to top button