Buletin

ELAK SEKATAN JALAN RAYA. GUNA RAKIT, SAMPAN BALIK KAMPUNG

Penduduk Indonesia menggunakan kaedah baharu pulang ke kampung menyambut lebaran iaitu dengan mendayung sampan menyeberangi Sungai Citanduy di Jawa Barat.

Menurut Suara.com, beberapa individu dilaporkan menggunakan laluan Sungai Citanduy bagi mengelak sekatan jalan raya.

Ketua kampung berdekatan iaitu Desa Sidaharja, Maman Suparman berkata pihaknya tidak membenarkan warganya menggunakan laluan Sungai Citanduy untuk pulang berhari raya di kampung.

“Orang ramai sudah mula menggunakan perahu atau rakit sebagai alternatif daripada melintas Jambatan Manganti yang dikawal polis,” kata Maman.

Tambahnya, laluan sungai itu bukan hanya dari satu kawasan.

Berdasarkan pemerhatiannya, Maman berkata terdapat sekurang-kurangnya lima laluan air yang menggunakan rakit atau bot kecil.

Orang ramai memilih menggunakan laluan sungai untuk lebih cepat sampai di destinasi, menjadikan ia bukan hanya digunakan warga Lakbok tetapi juga warga Tarisi, Wanareja dan Cilacap.

Kata Maman, sehingga kini, semakin ramai menggunakan laluan antara daerah Jawa tengah digunakan pelancong.

“Waktu operasi perjalanan laluan sungai juga sudah dibuka selama 24 jam, menjadikan bilangan penduduk yang mahu pulang melalui jalan sungai semakin bertambah” katanya. – kosmo!/agensi

Google ads
Back to top button