
MERCEDES BENZ VISION EQXX, DIPANDU SEJAUH 1000KM UNTUK SATU PENGECASAN PENUH
Mercedes Benz telah mengumumkan bahawa kereta konsep elektriknya iaitu Vision EQXX telah selamat menjalani ujian perjalanan jarak jauh melebihi 1000km dengan hanya satu pengecasan penuh. Rekod ini sekaligus memecahkan rekod yang dibuat oleh Lucid iaitu 836km
Ujian yang dilakukan meliputi perjalanan merentasi beberapa bandar utama Eropah bermula dengan Jerman, Switzerland, Itali dan berakhir di bandar Cassis di selatan Peranchis. Suhu persekitaran ketika perjalanan dilakukan berada dalam julat 3-18 darjah Celcius dengan halaju malar kenderaan 86km/jam
Jarak 1000km ini adalah 2 kali ganda daripada jarak perjalanan kereta elektrik pada hari ini dan ketika sampai di destinasi baki bateri adalah sekitar 15% bagi membolehkannya dipandu sejauh 140km lagi. Secara purata penggunaan tenaga elektrik adalah sekitar 8.7kWh bagi setiap 100km
Model Mercedes Vision EQXX adalah model eksperimen dalam kajian kecekapan bateri dibangunkan dengan rekaan luar yang memiliki kadar seretan rendah. Model konsep ini adalah asas kepada pembangunan model kereta elektrik Mercedes pada masa akan datang.
Ujian jalanan sebenar yang dibuat oleh Mercedes ini bagi membuktikan Vision EQXX sangat efisyen dengn penggunaan tenagah sekitar 10hWh bagi setiap 100km atau 9.65 km bagi setiap kWh tenaga elektrik. Semakin rendah semakin bagus.

Antara elemen yang diuji termasuklah bagaimana kerangka Mercedes Benz Modular Architecture yang ringan di atas jalan raya sebenar dalam memberikan lebih kilometer bagi setiap kWh tenaga elektrik. Ketika ujian dijalankan EQXX turut diuji dengan elemen persekitaran yang lain seperti suhu sejuk, laluan mendaki bukit dan juga suhu persekitaran yang panas di mana semua elemen ini mempengaruhi prestasi bateri.
Antara fakta-fakta menarik berkenaan dengan Mercedes Benz EQXX termasuklah
1. Berat EQXX ialah sekitar 1755kg, menggunakan motor elektrik berkuasa 201 kuasa kuda dan menggunakan sistem elektrik 900 volt. Ketika ujian dibuat, ia dipasang dengan tayar Bridgestone Turanza Eco
2. Pekali seretan (CoD) EQXX sangat rendah, sekitar 0.17 sahaja. Sistem trenkuasa juga diringkaskan menjadi satu unit iaitu gabungan motor elektrik, transmisi dan sistem elektronik dalam satu modul bagi memastikan 95% kuasa bateri sampai kepada tayar.
3. Sistem pengurusan haba akan menutup atau membuka laluan udara bergantung pada keadaan, mengawal injap cecair penyejuk bateri dan menyejukkan motor elektrik daripada menjadi terlalu panas.
4. Satu lagi pam haba akan digunakan untuk memindahkan haba yang terhasil daripada bateri kepada kabin bagi mengelakkan pembaziran tenaga.
5. Panel solar dipasang pada EQXX dan menjana bateri berasingan bagi membekalkan tenaga elektrik kepada lampu depan, sistem multimedia dan pelbagai ciri kabin yang lain.
6. Bateri yang digunakan adalah sebesar 100kWh, sama saiz yang digunakan oleh model EQS tapi 30% lebih ringan.