Buletin

MERCEDES MAHU KURANGKAN BILANGAN PENGEDAR, FOKUS JUALAN LANGSUNG DI EROPAH

Mercedes-Benz sedang merombak kembali jaringan jualan di seluruh negara Jerman dan Eropah, dan memberikan laluan kepada jualan langsung.

Menurut eksekutif jenama tersebut, Mercedes-Benz bakal mengurangkan 15 hingga 20 peratus bilangan pengedar di dalam pasaran domestik, serta 10 peratus di peringkat global.

Ini adalah selaras dengan sasaran untuk mencapai 25 peratus jualan dalam talian menjelang tahun 2025 serta 80 peratus jualan langsung di Eropah menjelang tahun 2025.

Ketua pegawai kewangan Mercedes, Harald Wilhelmn berkata, “kami mahukan hubungan yang lebih dekat dengan pelanggan, dan mempunyai kawalan ke atas harga yang lebih baik.

Pada ketika ini, Mercedes-Benz mempunyai kira-kira 6,500 pusat jualan dan servis di seluruh dunia, di mana 1,000 daripadanya terletak di Jerman.

Sementara itu, naib presiden komunikasi dan pemasaran Bettina Fetzer memberitahu laman Auto News, “kami akan mengurangkan pusat pameran yang besar di pasaran yang matang, khususnya bila kami beralih kepada jualan langsung. Kesemua usaha ini memberikan kami kelebihan daya saing, namun lonjakan penuh akan datang apabila kami menggandingkannya dengan usaha jualan langsung.

“Ini memberikan kami pengurusan yang lebih terus terhadap perhubungan pelanggan, dan dapat mengenali mereka dengan lebih baik lagi. – Auto News

Google ads
Back to top button