Artikel Pilihan

HONDA CITY HATCHBACK V-SENSING SERBA LENGKAP

Honda Malaysia mula memperkenalkan model hatchback segmen B terbaharu, City Hatchback pada penghujung tahun lalu.

Honda City Hatchback serba baharu yang menampilkan rekaan sporty berkonsepkan ‘Energetic Hatchback‘ merupakan antara pilihan model terbaik dalam kelasnya di pasaran tempatan.

Begitupun, menyedari kepentingan aspek keselamatan menjadi antara keutamaan kriteria pembeli masa kini syarikat pengeluar Jepun itu, melancarkan varian terbaharu yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan komprehensif iaitu Honda City Hatchback V-SENSING.

Menariknya tentang varian terbaharu itu, ia merupakan model yang didatangkan sistem keselamatan Honda SENSING termaju dalam kelasnya. 

Melalui sistem keselamatan Honda SENSING, para pengguna dapat menikmati tujuh ciri keselamatan canggih yang memastikan pemanduan lebih selamat ketika memandu jentera baharu mereka.

Ciri-ciri tersebut merupakan: –

  • Kawalan Pemanduan Adaptif (Adaptive Cruise Control)
  • Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (Collision Mitigation Braking System)
  • Sistem Amaran Pelanggaran Hadapan (Forward Collision Warning)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (Lane Keep Assist System)
  • Sistem Mitigasi Keluar Dari Jalan (Road Departure Mitigation)
  • Amaran Keluar Lorong (Lane Departure Warning)
  • Lampu Tinggi Auto (Auto High Beam)

Selain aspek keselamatan, Honda City Hatchback V-SENSING didatangkan kemasan kulit hitam bersama jahitan benang kelabu pada tempat duduk menyerlahkan lagi sisi elegan jentera terbabit.

Ia turut dilengkapi ULTRA Seats dengan empat mode pilihan iaitu Utility, Long, Tall dan Refresh yang pertama dalam kelasnya.

Bagi memudahkan pemandu mengakses maklumat pemanduan, varian terbaharu tersebut dilengkapi paparan meter TFT baharu.

Honda City Hatchback V-SENSING mendapat khidmat enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang mampu menjana kuasa mencecah 121PS dan tork 145Nm dipadankan kotak gear CVT.

Rangkaian kuasa tersebut sekali gus dapat memberi prestasi terbaik dan penjimatan bahan api.

Tidak ketinggalan, jentera kompak berkenaan juga mendapat Remote Engine Start yang pertama dalam kelasnya.

Ciri-ciri lain termasuk lampu utama LED, lampu nyalaan siang (DRL) LED, lampu belakang kombinasi LED, rim aloi bersaiz 16 inci, paparan Display Audio lapan inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

Honda City Hatchback V-SENSING dijual pada harga RM91,708.51. Untuk keterangan lanjut mengenai Honda City Hatchback V-SENSING boleh mengunjungi 93 pengedar sah Honda atau melayari laman web https://www.honda.com.my/model/city-hatchback.

GALERI

Google ads
Back to top button