MESIN RUMPUT HONDA MEAN MOWER BAKAL KEMBALI! 241 KM/J YOB!
Suka betul perhatikan Honda UK, sebab ini adalah subsidiari Honda yang istimewa. Sebagai contoh Honda Civic Type R dikilangkan di sana malah UK dan Eropah turut mempunyai Civic Type R tersendiri.
Honda UK juga mempunyai beberapa idea yang gila-gila seperti Honda CR-V potong bumbung dan kali ini tampil pula dengan projek yang tidak masuk akal iaitu mesin rumput paling laju di dunia iaitu Mean Mover V2.
Projek ini sebenarnya adalah yang kedua dan sasaran kelajuan untuk V2 ialah 241 km/j!
Projek ini bukan dibangunkan oleh calang-calang bengkel tetapi Team Dynamics yang merupakan rakan pasukan Honda dalam British Touring Car Championship.
Team Dynamics ini juga bertanggung jawab dalam membangunkan Mean Mower asal dan berjaya mencipta rekod mesin rumput paling laju di dunia pada tahun 2014.
Mean Mover yang pertama dilancarkan pada tahun 2013 dan ia sebenarnya untuk menonjolkan kepelbagaian produk Honda selain daripada ciri-ciri sporti dan reputasi sebagai syarikat paling berinovatif di dunia.
Rekod kelajuan Mean Mower ialah 187.6 km/j yang dibuat di fasiliti ujian IDIADA.
Projek gila kali kedua ini pula lagi serius apabila menggunakan rekabentuk CAD, lebih peralatan buatan khas, material canggih dan cetakan 3D. Memang serius sebab nak capai sasaran lebih 241 km/j.
Di bawah ialah serba sedikit maklumat tentang Mean Mower V2:
- Menggunakan mesin atau traktor rumput HF 2622 dan banyak juga peralatan asal dikekalkan seperti cowl depan, kotak rumput dan panel badan
- Walaupun laju macam kereta lumba, fungi asal untuk memotong rumput masih dikekalkan tetapi dengan beberapa modifikasi
- Rahsia mesin rumput ini terletak pada enjinnya iaitu yang diambil daripada CBR1000RR Fireblade SP. Enjin 999cc empat silinder ini berkuasa lebih daripada 190bhp pada 13,000 rpm
- Dengan kerangka yang ringan dan berat kering enjin hanya 69.1kg, jurutera Team Dynamics menjangkakan nisbah enjin kepada kuasa ialah 1000bhp/tan
- Beberapa perkakasan Fireblade seperti klac, ECU, transmisi enam kelajuan dan paparan LCD diguna kembali
- Casis dibina semula menggunakan besi T45 berbanding chromoly untuk lebih ketahanan dan keanjalan memandangkan mesin rumput ini tidak mempunyai suspensi
- Brek dari Kelgate dengan empat omboh di depan dan enam omboh di belakang
- Roda untuk ATV saiz 10 inci dari jenama Goldspeed dan dipadankan bersama tayar perlumbaan yang dipesan khas dari Hoosier
- Pelumba Jess Hawkins akan ditugaskan untuk mengemudi Mean Mower V2. Beliau adalah pelumba profesional dan mempunyai pengalaman di dalam go kar dan kereta. Beliau baru berusia 23 tahun.
BACA: MESIN RUMPUT HONDA TYPE R & FIREBLADE – SERIUS INI BUKAN LAWAK
BACA: HONDA JAZZ AKAN DIGANTIKAN SEPENUHNYA PADA 2019