Buletin

MG MOTOR MALAYSIA PERKENAL HARGA BAHARU MGS5 EV – KINI DARI RM107,900

MG Motor Malaysia hari ini mengumumkan semakan harga bagi model MGS5 EV, langkah strategik yang menandakan komitmen jenama ini dalam menjadikan mobiliti elektrik lebih mampu milik buat rakyat Malaysia.

Harga baharu kini bermula dari RM107,900 untuk varian COM, RM117,900 bagi COM Long Range, dan RM127,900 untuk varian LUX Long Range.

Walaupun lebih berpatutan, MGS5 EV masih mengekalkan spesifikasi menarik dalam kelasnya. Semua varian dikuasakan motor elektrik 170PS dan 250Nm tork, dengan pacuan roda belakang — satu konfigurasi unik dalam segmen EV mampu milik.

Varian COM hadir dengan dua pilihan bateri: 49kWh (340km WLTP) dan 62kWh (430km WLTP). Sementara itu, LUX Long Range menggunakan bateri 62kWh secara standard, disertakan sokongan pengecasan pantas DC 150kW yang mampu mengisi dari 10 ke 80 peratus hanya dalam 26 minit.

Ciri premium turut diberikan pada varian LUX, termasuk rim aloi 18-inci, bumbung suria panorama, kerusi kulit berlubang dengan logo MG, kerusi pemandu larasan kuasa, pad pengecas tanpa wayar, pintu but kuasa, serta kamera 360 darjah.

Sistem audio enam pembesar suara dan stereng kulit dengan pemanas melengkapkan pengalaman pemanduan yang lebih mewah.

Reka bentuk luaran mengekalkan gaya moden dengan lampu utama LED DRL Racing Flag dan lampu belakang Arch Taillight yang menjadi identiti MG.

Bahagian dalam pula menampilkan skrin infotainmen 12.8-inci, paparan instrumen digital 10.25-inci, serta sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar. Tidak ketinggalan, fungsi Vehicle-to-Load (V2L) menjadikannya praktikal untuk gaya hidup moden.

Ruang but juga antara yang terbesar dalam kelasnya, dengan kapasiti hingga 1,441 liter (termasuk ruang bawah lantai), manakala susun atur bateri mendatar ultra-nipis memberikan kabin lebih luas dan titik graviti rendah untuk pengendalian lebih stabil.

Semua varian turut disertakan dengan Ultimate Ownership Package, menawarkan penjimatan sehingga RM10,000, termasuk pengecas dinding AC 7kW percuma atau pilihan kredit pengecasan. Pelanggan juga boleh memilih Pakej Pembiayaan Ultimate MG untuk lebih fleksibiliti.

SAIC Motor Malaysia menegaskan bahawa semakan harga ini bukan sahaja meningkatkan daya saing MGS5 EV, tetapi turut memperkukuh rancangan jangka panjang MG dalam pasaran tempatan — termasuk pelancaran pemasangan tempatan (CKD) yang dijangka bermula menjelang 2025.

Google ads
Back to top button