Buletin

MICHELIN HAMPIR BERJAYA HASILKAN TAYAR YANG MAMPU BERTAHAN PADA KELAJUAN 482.8KM/J

Dunia sekarang menyaksikan banyak supercar atau hypercar yang semakin berkuasa. Sebagai contoh, Bugatti Chiron yang dilengkapi enjin quad turbocharged bersesaran 8.0 liter W16 mampu menjana kuasa 1,479hp dan tork 1,600Nm.

Biarpun dengan kuasa sebegitu, kelajuannya dihadkan secara elektronik pda 420km/j sahaja. Jika itu tidak cukup laju, Koenigsegg Agera RS pula menjanjikan pecutan sehingga 447km/j.

Sebenarnya, pengeluar jentera seperti ini tidak mempunyai masalah untuk meningkatkan kuasa enjin dan angka kelajuan tersebut. Tetapi mereka berdepan satu masalah yang sama iaitu mendapatkan tayar yang mampu bertahan dengan kepanasan dan kelajuan tersebut.

Tidak guna kalau kereta boleh memecut sehingga 500km/j sekali pun kalau tiada tayar yang dapat bertahan sebaiknya dari segi haba, tekanan dan tahap kehausan. Jika semua faktor ini tidak diambil berat, ia mungkin boleh membawa maut.

Masalah itu mungkin akan dapat diselesaikan tidak lama lagi kerana Pengurus Produk Peralatan Tulen Michelin, Eric Schmedding memberitahu pihaknya kini hampir berjaya untuk menghasilkan tayar tersebut.

“Ini satu medan persaingan yang sangat pantas berkemban dan sengit. Namun begitu, kami sudah hampir dengan angka tersebut (482.8km/j,” kata Schmedding. 

Google ads
Back to top button