
MICHELIN MALAYSIA TAWAR PELUANG MENANGI TESLA MODEL Y FACELIFT 2025
Michelin Malaysia kini menawarkan promosi eksklusif yang menawarkan pelbagai hadiah menarik, termasuk peluang memenangi Tesla Model Y Facelift 2025!
Tawaran ini adalah untuk mengalu-alukan pelanggan meningkatkan keselesaan perjalanan balik kampung sempena Tahun Baharu Cina dan Hari Raya.
Dari 6 Januari hingga 9 April 2025, tiga pelanggan bertuah yang membeli sekurang-kurangnya dua tayar MICHELIN berpeluang membawa pulang Tesla Model Y Facelift 2025!

Untuk menyertai peraduan ini, pelanggan hanya perlu:
- Menjawab 6 soalan dengan betul
- Memuat naik bukti pembelian
- Berkongsi satu gambar di akaun Facebook atau Instagram yang menunjukkan bagaimana mereka mengamalkan kelestarian dalam kehidupan seharian
- Menggunakan tanda pagar #MichelinMalaysia dan #MichelinCNYHariRaya2025
Selain itu, pelanggan yang membeli 4 tayar MICHELIN (saiz 17-inci ke atas) juga boleh menebus MICHELIN Duffle Bag edisi terhad, sesuai untuk memuatkan keperluan perjalanan pulang ke kampung.
Hadiah ini boleh ditebus di outlet TYREPLUS dan MICHELIN yang mengambil bahagian, dengan stok terhad kepada 1,000 pelanggan pertama setiap minggu.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini serta terma dan syarat lengkap, sila layari: https://promo.michelin.com.my/promotions/cny-and-hariraya-2025
Cari lokasi outlet TYREPLUS atau MICHELIN berhampiran anda di sini: https://www.michelin.com.my/auto/dealer-locator







