Buletin

HUANSU C60, LAMBORGHINI URUS TIRUAN DARI CHINA YANG TAKLAH TERUK SANGAT

Beberapa hari yang lalu, tersebar beberapa gambaran daripada Huansu C60. Sebuah model yang dibangunkan hasil usahasama antara Beijing Auto Industries Corporation (BAIC) dan Yinxiang Motorcycle Group.

Ringkasnya, ia adalah “replika” Lamborghini Urus. Dan bila dilihat banyak kali, percayalah ia tidaklah kelihatan buruk sangat pun.

Pun begitu, Abang Japar tetap tidak akan membelinya. Tapi Abang Japar percaya banyak pelanggan di China yang tidak mampu memiliki Urus sebenar akan menampahnya kelak. Lihat sahaja Range Rover Evoque – LandWind yang masih terjual banyak di sana.

Meneliti dari dekat kedua-dua bahagian depan dan belakang, Huansu C60 kelihatan sangat mirip dengan Urus dengan gaya lampu depan dan garis badan sisinya.

Mungkin bahagian belakang adalah reka bentuk yang kurang dicuri, tetapi persamaannya tetap dapat dilihat.

Jika Lamborghini Urus didatangkan dengan 650 kuasa kuda menerusi enjin 4.0-liter twin-turbo V8, C60 ini pula dipasangkan dengan enjin empat selinder turbo 2.0 liter. Begitupun, output kuasa masih belum diketahui.

BACA: ZOTYE SR9, KLON PORSCHE MACAN DARI CHINA

Menurut media China, ia berkemungkinan didatangkan dengan opsyen 1.5 liter turbo juga akan ditawarkan tapi Abang Japar peduli apa?

Huansu dikatakan bermaksud “Kelajuan Luar biasa”. Macamana dia punya laju tu tak pastilah pula.

Harga dikatakan bermula pada sekitar 100,000 hingga 150,000 yuan (RM62,000 hingga RM93,000) dan di China, harga sebuah Lamborghini Urus ialah sekitar 3.12 Juta Yuan atau RM1.9 juta.

Taklah teruk sangat kan?

Google ads
Back to top button