
MIKA HAKKINEN PANDU MCLAREN SOLUS GT DI GOODWOOD FESTIVAL OF SPEED
Bekas pemandu Formula 1 Mika Häkkinen kembali mengemudi jentera McLaren yang dikuasakan enjin V10 satu tempat duduk sekali lagi di Goodwood Festival of Speed tahun ini, dengan penampilan yang cukup dramatik di atas laluan mendaki bukit yang ikonik itu.
Pemandu F1 dari Finland dan Juara Dunia Formula 1 dua kali bersama McLaren itu tampil istimewa di Goodwood Hill dengan memandu jentera McLaren Solus GT yang direka cukup menawan sebagai memberikan penghormatan terhadap jentera Formula 1 McLaren MP4/13 yang dipandunya pada tahun 1998.

Untuk rekod Mika Häkkinen memenangi Kejuaran Dunia Formula 1 pada 1998 dan 1999, merangkul gelaran pemandu ketiga dan keempat untuk pasukan McLaren dalam era V10 yang cukup digemari oleh para peminatnya ketika itu. Kejuaraan yang dimenangi pada tahun 1998 memainkan peranan penting dalam juga buat pasukan McLaren yang memenangi Kejuaran Pembina Dunia ke 8. Mika Häkkinen dan rakan sepasukan David Coulthard memenangi sembilan perlumbaan musim itu, dalam usaha untuk merangkul gelaran untuk pasukan McLaren.
Membawa kembali sang lagenda McLaren Mika Häkkinen ke abad ke-21, McLaren Solus GT yang dipandu oleh legenda Formula 1 di Goodwood Festival of Speed tahun ini hanyalah satu daripada 25 kereta pelanggan yang dihasilkan olehj McLaren.

Pemiliknya, seorang yang mengaku cukup fanatik dengan pasukan McLaren Formula 1 dan Mika Häkkinen, telah menugaskan McLaren Special Operations (MSO) dengan melukis tangan Solus GT miliknya sebagai penghormatan yang menakjubkan kepada pelumba terkenal Finland MP4/13 itu.
Menurut Mika Häkkinen, memandu jentera McLaren Solus GT dengan tempat duduk tunggal serta menggunakan enjin V10 cukup menggembirakan beliau serta mengingatkan kembali saat mengemudi jentera Formula 1 beliau.

Jentera McLaren Solus GT ini telah didedahkan pertama kali pada tahun 2022 menyaksikan McLaren menyerlahkan ekspresinya tentang hypercar trek tempat duduk tunggal utama sahaja dari dunia maya. Berdasarkan kereta konsep McLaren Ultimate Vision Gran Turismo yang dijangkakan untuk permainan video Gran Turismo SPORT, hanya 25 unit sahaja dibina untuk pelanggan akan dibuat, dengan penghantaran sedang dijalankan.
McLaren Solus GT mempunyai berat kurang daripada 1,000kg dan dikuasakan oleh enjin 5.2 liter V10 aspirasi semula jadi yang boleh dipecut laju melebihi 10,000rpm serta menghasilkan output maksimum 840PS.
BACA : SAKSIKAN KEHEBATAN AKSI SENNA DAN MCLAREN-HONDA MP4 DI NETFLIX – NOSTALGIK BRO



