Artikel Pilihan

FIRMA PELABURAN BAHRAIN BAKAL AMBIL ALIH MCLAREN

Syarikat automotif McLaren bakal bertukar tangan lagi selepas beberapa khabar angin mengatakan firma pelaburan Bharain iaitu Mumtalakat Holding Company akan mengambil alih McLaren Group. Pengumuman rasmi akan dibuat dalam minggu ini selepas firma yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Bahrain selesai mengadakan rundingan dengan pemilik saham McLaren yang lain

Sebelum ini Mumtalakat telah membeli sebanyak 60% saham McLaren sehingga tahun 2023. Suntikan dana daripada Mumtalakat dan pelabur lain menjadi seumber penting kepada McLaren bagi memastikan syarikat ini terus beroperasi setelah menghadapi masalah dalam pengeluaran

Pada tahun 2022, McLaren terpaksa menjual beberapa model bersejarah mereka untuk dijadikan sumber kewangan bagi pembangunan model Artura. Semua kenderaan tersebut dibeli oleh Mumtalakat dengan harga 126 juta USD untuk beberapa model bersejarah McLaren termasuklah sebuah kereta F1 yang memenangi perlumbaan

McLaren juga menghadapi masalah pembekalan bahan mentah susulan isu COVID-19, turut menjual ibu pejabat mereka dan juga kilang yang menghasilkan jentera F1 pada tahun 2021. Jualan ini menyaksikan McLaren memperoleh 240 juta USD sementara menjadi penyewa di kilang tersebut.

Satu laporan daripada The Telegraph mendedahkan McLaren telah menerima sehingga 760 juta USD daripada semua pelabur sehingga bulan Julai 2022. Bagi meneruskan operasi, McLaren turt menstruktur semula operasi mereka, dan melantik CEO baru iaitu Michael Leiters

Kawalan penuh oleh Mumtalakat sebagai satu entiti membolehkan syarikat ini menjadi lebih stabil. Namun bagi aktiviti perlumbaan seperti F1, ia dikawal oleh entiti lain iaitu McLaren Racing yang memiliki pelabur mereka yang tersendiri.

Sky News.

Google ads
Back to top button