Buletin

HONDA PANGGIL SEMULA 87,182 UNIT KERETA

Honda  Malaysia hari ini mengumumkan untuk memanggil semula sebanyak 87,182 unit kenderaanya berikutan masalah beg udara Takata yang dihadapinya.

Honda-Malaysia-recall-takata-2015-mekanika (1)

Langkah berjaga-jaga itu diambil untuk menggantikan alat pengembung beg udara yang baru pada bahagian pemandu dan penumpang hadapan. Setakat ini, belum ada kemalangan atau kecederaan dilaporkan akibat kerosakan beg udara tersebut.

Model  Model Tahun
City 2004 – 2006
Civic 2006
CR-­‐V 2007
Jazz 2006

Honda-Malaysia-recall-takata-2015-mekanika (2)

Jadual 1:  Model beg udara hadapan yang terjejas

Model    Model Tahun
City  2003 – 2008
Civic  2003 – 2008
CR-­‐V 2002 – 2007
Jazzz 2004 – 2006
Stream 2004 -2005

Jadual 2:      Model beg udara hadapan yang terjejas

Model-model baharu Honda bagaimanapun tidak terlibat dalam pemanggilan semula ini.

Honda  Malaysia akan memaklumkan semua pelangganya menerusi surat. Pelanggan yang menerima surat berkenaan diminta menghantar kenderaan mereka ke pusat servis Honda terdekat untuk diperiksa. 

Honda-Malaysia-recall-takata-2015-mekanika (1)

Kerja-kerja penggantian akan dilakukan sebaik sahaja alat ganti sudah ada. Kos alat ganti dan buruh ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia. Pelanggan juga boleh memeriksa status kenderaan masing-masing dengan menghubungi talian tol percuma  1-800-88-2020 atau kunjungi mana-mana pengedar Honda.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
"
"
Back to top button