Buletin

MINI MALAYSIA PERKENAL COUNTRYMAN SPORTS BLACKLINE PACKAGE & PANORAMIC SUNROOF. TERHAD 38 UNIT, BERMULA RM243K

MINI Malaysia baru-baru ini melancarkan dua varian MINI Cooper S Countryman edisi terhad ke pasaran tempatan.

Varian MINI Countryman Sports dengan Blackline Package dan MINI Countryman Sports bersama Panoramic Sunroof boleh anda miliki pada harga RM243,280 dan RM247,280 seunit (tidak termasuk insurans).

Terhad kepada 38 unit sahaja, kedua-dua jentera itu dikuasakan oleh enjin enjin MINI TwinPower Turbo bersesaran 2.0 liter berkuasa 192hp dan tork 280Nm. Dipadankan dengan kotak gear klac berkembar sports 7-kelajuan, ia mampu mencatat kelajuan tertinggi 225km/j.

MINI Countryman Sports dengan Blackline Package tampil lebih sporty dengan kemasan hitam berkilat (piano black). Elemen itu melibatkan gril, perumah lampu hadapan dan belakang serta emblem. Ia kemudian didatangkan dalam warna hijau dan putih dengan bumbung berwarna hitam.

Ruang kabin menggunakan tona hitam. Bahagian bumbung dilitupi material Antrasit, tempat duduk dibalut kulit Cross Punch berwarna hitam. Tidak ketinggalan, kemasan JCW dalam warna hitam berkilat.  

Cooper S Countryman Sports didatangkan dengan sistem bunyi Harman Kardon bersama 12 unit pembesar suara. DSP Amplifier dan teknologi Kelas D yang mampu menjana kuasa akustik sehingga 360 watt.

Kedua-dua varian ini hadir dengan sistem navigasi MINI 8.8 inci yang boleh dioperasikan melalui skrin sentuh, konsol tenganh atau kawalan suara. Ia juga didatangkan dengan kad SIM 4G.

Pemandu boleh menyambungkan iPhone tanpa wayar dan menggunakan MINI Visual Boost untuk mengakses Apple CarPlay. Kemudahan pengecasan tanpa wayar turut disediakan.

Jentera itu juga dilengkapi MINI Connected terkini. Ia menawarkan pelbagai perkhidmatan digital seperti Panggilan Kecemasan Pintar,  MINI TeleServices dan Servis Jarak Jauh.

Melalui ‘Balloon Financing’ daripada BMW Group Financial Services Malaysia, anda boleh memiliki MINI Countryman Sports dengan Blackline Package bermula RM2,778 sebulan dan RM 2,828 sebulan untuk  MINI Countryman Sports dengan Panoramic Sunroof.

Kiraan itu berdasarkan kepada anggaran pinjaman sebanyak 80 peratus bagi tempoh lima tahun.

GALERI

Google ads
Back to top button