Buletin

PETRONAS LANCAR [email protected] 7 STESEN MINYAK, PILIHAN MAKANAN SEDAP BAWAH RM12

PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) baru-baru ini melancarkan [email protected] di Stesen Minyak PETRONAS Taman Setiawangsa.

Untuk makluman, [email protected] merupakan satu sudut khas berkonsepkan ‘grab-and-go’. Ia menawarkan sajian makanan yang segar, seimbang dan mudah dengan harga jualan di bawah RM12.

Kedai Mesra kini juga ada menawarkan kemudahan seperti pendingin hawa, mesin kopi dan ketuhar gelombang mikro bagi memudahkan urusan pelanggan menikmati juadah mereka.

Konsep [email protected] ini boleh didapati di tujuh stesen minyak PETRONAS seperti berikut:

  • PETRONAS Jalan Kolam Ayer
  • PETRONAS MRR2 Jalan Ampang
  • PETRONAS Cyberjaya 1
  • PETRONAS Mutiara Damansara
  • PETRONAS Kota Kemuning
  • PETRONAS Kota Damansara
  • PETRONAS Taman Setiawangsa

Para pengunjung stesen minyak PETRONAS tersebut boleh  menikmati menu baharu yang menarik seperti sandwich club dan daging, salad dengan salmon salai dan snow white fish, ayam panggang, ayam kung pao dengan nasi, English trifle, puding roti, oat, buah-buahan dan banyak lagi.

Harus tahu bahawa semua sumber ini diperoleh daripada pembekal tempatan. Ini  sejajar dengan komitmen PDB dalam mempromosikan barangan tempatan menerusi kempen Love Local.

GALERI

Google ads
Back to top button