MINI SEVEN EDITION – RM253,888 ADA 30 UNIT SAHAJA
MINI Malaysia hari ini memperkenalkan MINI Seven Edition yang direka sebagai penghormatan kepada model asal Austin Seven.
Warisan MINI Seven bermula sejak tahun 1959 apabila kereta ikonik itu mula diperkenalkan ke pasaran dunia sebagai Austin Seven dan cukup identikal dengan Morris Mini Minor.
“Sepuluh tahun kemudian, produksi kereta itu dipindahkan ke kilang baharu pada waktu itu, Longbridge, Birmingham di United Kingdom dan nama Mini menjadi jenama standard,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun
Generasi pertama MINI memperkenalkan semula Seven pada tahun 2005 menerusi tiga varian enjin, kemasan yang selesa, mewah dan reka bentuk eksklusif.
Kini, MINI Seven Edition baharu menampilkan ciri istimewa pada bahagian luaran dan dalamannya. Model MINI 5 Door dilayangkan dengan warna biru MINI Yours, Lapisluxury Blue.
Warna bukan metalik ini merupakan tona yang paling intensif pernah digunakan ke atas kenderaan MINI. Ia kemudian kontras dengan bumbung berwarna perak (Melting Silver) dan perumah cermin sisi MINI Seven Edition.
Rim aloi ringan bersaiz 17 inci berwarna kelabu daripada MINI Yours juga direka khas untuk reka bentuk model ini bersama rekaan dua spoke. MINI Seven Edition turut dilengkapi lampu utama, lampu nyalaan siang dan lampu kabus LED.
Satu lagi perbezaan model ini ialah kekatup sisi yang dilekatkan dengan perkataan “Seven” dan nombor tujuh. Logo MINI Seven juga boleh didapati pada kemasan sil pintu di bahagian pemandu dan penumpang hadapan.
Ambien premium ruang kabin diserlahkan melalui pilihan warna dan materialnya. Kemasan itu termasuklah tempat duduk sports yang menggunakan fabrik/kulit bersama kemasan Diamond Malt Brown.
Satu lagi ciri ialah stereng MINI Yours yang dibalut dengan kulit berkualiti tinggi “Walknappa” bersama jahitan tangan dan benang bersalut aluminium. Stereng menggunakan kemasan dengan corak union jack.
Ciri-ciri lain termasuklah MINI Seven Entry Strips dan MINI Seven Centre Instrument Ring Badging. MINI Seven turut menampilkan ciri Comfort Access dengan fungsi bukaan yang lebih mudah.
MINI Seven Edition Baharu dikuasakan oleh generasi enjin terkini dengan Teknologi MINI TwinPower Turbo. Enjin 4 silinder bersesaran 2.0 liter mampu menghasilkan 192hp dan tork puncak 280Nm.
Ia dipadankan dengan transmisi Steptronic 6 kelajuan yang dibangunkan dan Teknologi MINIMALISM. Hasilnya, jentera itu boleh memecut dari kedudukan pegun ke 100km/j dalam masa 6.8 saat. Biarpun begitu, penggunaan purata bahan api cuma 5.5 liter bagi setiap 100km.
Mode pemanduan diaktifkan melalui satu suis rotari di bahagian bawah tuil gear. Sebagai tambahan kepada mode MID standard, terdapat juga pilihan mode SPORT dan GREEN. Mode-mode itu akan mempengaruhi karekter pendikit, stereng dan penukaran kotak gear.
Rangkaian ciri keselamatan dan sistem bantuan pemandu termasuklah Dynamic Stability Control dengan Dynamic Traction Control, Electronic Differential Lock Control dan Performance Control.
MINI Seven Edition dilengkapi Navigation System Professional beresolusi tinggi bersaiz 8.8 inci. Memasukkan maklumat seperti destinasi ke dalam sistem navigasi boleh dibuat melalui tulisan tangan pada pad sentuh yang disepadukan dengan MINI Controller.
Satu lagi ciri utama pilihan pada MINI Seven Edition Baharu ialah Snap In Adapter. Ia merupakan satu sistem cantuman yang selamat dan stabil bersama fungsi pengecasan bersepadu untuk kebanyakan telefon pintar. Apabila disambung dengan aerial luar kereta, ia dapat memastikan penerimaan liputan yang terbaik sepanjang masa.
Aspek hiburan turut dipertingkatkan menerusi Sistem Bunyi Harmon Kardon HiFi yang terdiri daripada 12 unit pembesar suara yang diletakkan di posisi terbaik di ruang kabin.
MINI Seven Edition hadir bersama jaminan perbatuan tanpa had MINI selama 4 tahun dan servis berjadual secara percuma. Harga anggaran MINI Seven Edition Baharu (di atas jalan untuk pendaftaran peribadi, tidak termasuk insurans) ialah RM253,888 seunit.
BACA: MINI COUNTRYMAN JW DESIGN EDITION – RM242,888
GALERI