Buletin

TEMPAH VW TIGUAN SEKARANG – HARGA BERMULA RM149K HINGGA RM169K

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini sudah membuka tempahan untuk Volkswagen Tiguan serba baharu.

SUV yang dipasang tempatan itu dijangka ditawarkan pada harga di antara RM149,000 dan RM169,000 apabila dilancarkan dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Sebagai bonus tambahan kepada pembeli yang berminat, VPCM akan menawarkan diskaun sebanyak RM7,000 buat pelanggan terawal Tiguan dalam jumlah terhad.

Sebagai penerima Anugerah Reka Bentuk Jerman 2017, Tiguan memang nampak kemas dan elegan. Kini lebih panjang, lebar dan rendah berbanding model terdahulu, Tiguan nyata menampilkan profail sebuah SUV yang sangat dinamik.

Dua varian menarik ditawarkan, Comfortline dan Highline.  Kedua-dua varian itu menggunakan enjin turbocharged dan pancitan multiport 1.4L TSI yang dipadankan dengan kotak gear klac basah direct shift gearbox (DSG) enam kelajuan.

Ia mampu menghambur kuasa mencecah 150PS dan tork 250Nm pada putaran enjin di antara 1,500 hingga 3,500rpm. Diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), Tiguan serba baharu menawarkan penjimatan bahan api yang luar biasa iaitu  6.7l/100km.

Rekaan dalaman Tiguan menawarkan keselesaan dan kemewahan yang boleh didapati pada model-model premium Volkswagen lain. Antaranya termasuklah Active Info Display, sistem infotainmen Discover Media bersaiz 8 inci dan Climatatronic tiga zon.

SUV ini akan didatangkan dalam lima warna – putih (Pure White), hitam (Deep Black), biru (Atlantic Blue), perak (Tungsten Silver) dan kelabu (Indium Grey).

Orang ramai yang ingin melihat secara dekat dan menempah Tiguan serba baharu dijemput untuk mengunjungi siri jelajah Volkswagen yang berlangsung di New Wing pusat membeli-belah  1 Utama mulai 1 Mac 2017. Tiguan akan dipamerkan di sana.

Tempahan Tiguan juga boleh dibuat di mana-mana pengedar sah Volkswagen di seluruh negara.

BACA: SENARAI KERETA PALING SELAMAT TAHUN 2017

BACA: VW LANJUTKAN JAMINAN KOTAK GEAR DSG 2 TAHUN LAGI

GALERI

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button