Buletin

MITSUBISHI BUKA PUSAT 3S BAHARU DI KOTA DAMANSARA

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) dan pengedar rasminya, Millennium Autohaus Sdn. Bhd. baru-baru ini membuka satu pusat 3S di Kota Damansara. Pembukaan itu membuatkan MMM kini mempunyai 15 pengedar di Lembah Klang.

Pusat 3S itu terletak di No. 2A-E, Jalan Teknologi 3/1, Pusat Teknologi Sunsuria, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

Premis tersebut boleh diakses dengan mudah melalui lebuh raya NKVE dan mempunyai binaan seluas 12,370 kaki persegi. Ia turut menempatkan sebuah lounge pelanggan yang selesa, wifi percuma dan lima ruang penyelenggaraan.   

“Memandangkan semua bilik pameran sudah mula beroperasi, MMM kini giat menambah julam pengedar dan menambah baik kemudahan sedia ada. MMM juga telah mencatat jualan paling tinggi pada Oktober dengan 2,041 unit.

“Kami juga menghargai insiatif kerajaan untuk melanjutkan tempoh pengecualian cukai jualan sehingga Jun 2022. Langkah ini pasti dapat membantu rakyat Malaysia untuk lebih berjimat,” kata Ketua Pegawai Ekskutif MMM, Shinya Ikeda.

Google ads
Back to top button