Buletin

KETAM PUN ADA ‘HIWAY’ SENDIRI

Pelik tapi benar.

Di Australia, jutaan ketam merah akan muncul dari hutan berdekatan Pulau Christmas untuk membiak di lautan.

Senario tersebut  menyebabkan kerajaan menghentikan aliran trafik dan menutup jalan bagi memberi laluan selamat kepada hidupan laut terbabit.

Bahkan, terdapat laluan atas (overpass) di jalan raya untuk membantu mempermudahkan pergerakan ketam-ketam berkenaan melintas jalan bagi mengelak digilis kenderaan.

“Bagaimana ketam-ketam berkenaan mengetahui cara menggunakan jambatan terbabit?” merupakan antara maklum balas popular di tweet Parks Australia.

Haiwan merupakan ciptaan cukup pintar dan sentiasa menilai risiko laluan dilaluinya.

Ia akan melihat alternatif terbaik dan selamat untuk mengelak daripada terancam.

“Masa dan kelajuan penghijrahan ditentukan fasa bulan.

“Pada kebiasaannya, ketam merah akan bertelur sebelum subuh air pasang surut ketika suku terakhir bulan,” kata Parks Australia. – thedrive

Google ads
Back to top button