BuletinModifikasi

MITSUBISHI LANCER EVOLUTION FINAL EDITION DILELONG!

Sekarang anda boleh menjadi pemilik model Evo terakhir yang akan diproduksi. Sebabnya, Mitsubishi akan melelong Lancer Evolution Final Edition atau kereta US1600.

2015 Lancer Evolution Final Edition

Lebih menarik lagi, semua keuntungan yang diperoleh akan disalurkan ke Bank Makanan Feeding America Riverside | San Bernardino and Second Harvest di Orange County.

Lelongan itu bermula hari ini di laman web eBay dan berakhir pada Khamis minggu depan, 15 September 2016 jam 9.00 pagi waktu Amerika Syarikat (AS). Acara tersebut diadakan sempena Hunger Action Month™ apabila Feeding America dan ahli bank-bank makanan meminta semua rakyat AS untuk bertindak bagi mencegah masalah kelaparan dalam komuniti masing-masing sepanjang bulan ini.

2015 Lancer Evolution Final Edition

Mitsubishi Evo Final Edition dikuasakan oleh enjin turbocharged empat silinder DOHC 16 injap berkuasa 303hp. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear lima kelajuan dan talaan suspensi khas. Ia juga menjadi model Evolution untuk pasaran massa yang paling berkuasa pernah dihasilkan oleh Mitsubishi.

Info lanjut mengenai Mitsubishi Lancer Evolution Final Edition

2015 Lancer Evolution Final Edition

Mekanikal:

  • Enjin turbocharged dan intercooled 2.0-liter MIVEC DOHC 16 injap 4 silinder sebaris
  • 303hp dan 305 lb-ft tork
  • Penyerp hentak Bilstein® dan pegas gegelung Eibach®
  • Brembo® dua unit rotor hadapan

Luaran:

  • Lencana Final Edition
  • Bumbung aluminium dicat hitam
  • Bampar tengah dan hud outlet udara

    berwarna hitam

  • Rim aloi Enkei® krom gelap
  • Gril hadapan krom gelap
  • Lampu utama automatik on/off bi-xenon High Intensity Discharge (HID) dengan kawalan larasan
  • Warna baru putih (Diamond White Pearl)

Dalaman:

  • Tiang digelapkan, sun visors, assist handles dan pelapik di bahagian kepala
  • Konsol tengah berwarna hitam berkilat dengan plak nombor siri produksi US1600
  • Jahitan benang merah pada tempat duduk sports, stereng, tuil gear, lid konsol, karpet lantai dan hendal brek
  • Animasi Final Edition pada meter

Kalau berhajat, boleh lah mula buat bidaan!

Google ads
Back to top button