Buletin

MITSUBISHI OUTLANDER CKD DILANCARKAN, 2.0 4WD JAUH LEBIH MURAH – CUMA RM139K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini memperkenalkan versi pemasangan tempatan (CKD) SUV tujuh tempat duduk mereka, Mitsubishi Outlander.

Outlander kini dipasang di kemudahan pemasangan Tan Chong Motors Assemblies (TCMA) berpusat di Segambut, Kuala Lumpur.

Sebenarnya, TCMA sudah diberi kontrak pemasangan sejak 2014 lagi menerusi model SUV kecil ASX. Wakil Mitsubishi Motors Corporation (MMC) ditempatkan di pusat pemasangan tersebut agar ia mematuhi piawai standard Mitsubishi yang telah ditetapkan.

Perasmian hari ini disempurnakan oleh Tomoyuki Shinnishi, CEO MM dan Tan Keng Meng, CEO Warisan Tan Chong Motors Holdings. Turut hadir ialah ketua produk dari MMC Jepun, Mr Yoji Otani.

BACA: MITSUBISHI OUTLANDER DILANCARKAN

Seperti yang dijangka, model yang asalnya dipasang di Jepun ini kini diletak tanda harga lebih mampu milik dengan spesifikasi enjin lebih kecil. Ia kini ditawarkan dengan pilihan enjin 2.0 tapi masih mengekalkan pacuan empat roda (4WD). MMM berjaya menurunkan harganya sehingga RM139,888.00.

Begitupun, bagi anda yang mahu memilih varian lebih tinggi, model CBU yang diimport penuh dari Jepun masih dijual. Model 2.4 4WD lebih premium pada harga RM166,720.00.

 

 

 

 

Google ads
Back to top button