Buletin

MITSUBISHI OUTLANDER CKD RASMI DILANCARKAN

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) melancarkan secara rasmi Mitsubishi Outlander SUV 2.0L CKD pada hari ini.

Sempena pelancaran tersebut, para pengedar Mitsubishi akan mengadakan majlis khas pada tarikh berikut:

No

Tarikh

Bilik pameran

1

14-15 Oktober

Semenanjung Malaysia

2

21-22 Oktober

Malaysia Timur

Sepanjang acara tersebut, tiga orang pelanggan bertuah yang memandu uji Outlander bakal membawa pulang iPhone 8! Sementara 200 orang pelanggan terawal yang menempah dan mendaftarkan Outlander mereka akan menerima baucar petrol bernilai RM300.

Outlander dipasang secara kontrak oleh pihak Tan Chong Motors Assemblies (TCMA) di kilangnya di Segambut, Kuala Lumpur. SUV itu pada awalnya dilancarkan di Malaysia pada April 2016 sebagai model CBU yang diimport dari Jepun.

MMM menawarkan harga pengenalan istimewa untuk Outlander 2.0L 4WD iaitu RM139,988 sehingga akhir tahun ini. Model CKD akan dijual bersama CBU 2.4L 4WD yang sekali gus memberi lebih pilihan kepada pengguna.

Outlander 2.0L 4WD dikuasakan oleh enjin DOHC MIVEC bersesaran 2.0 liter. Mampu menjana kuasa sehingga 45PS dan tork 196Nm, ia kemudian dipadankan dengan transmisi automatik INVECS-III CVT enam kelajuan.

SUV itu dilengkapi sistem 4WD pintar degan ciri Multi-Select 4WD yang membolehkan pemandu memilih tiga mode pemanduan-  4WD Eco, 4WD Auto dan 4WD Lock berdasarkan kepada keperluan.

Dari segi keselamatan, Outlander dilengkapi tujuh beg udara, ABS, EBD, Brake Assist, Active Stability & Traction Control (ASTC), Hill Start Assist (HSA), ISOFIX dan kamera undur sebagai ciri standard.

Tiga warna ditawarkan – merah metalik, putih dan warna baru hitam (ruby black) yang eksklusif untuk pasaran Malaysia. Jentera tersebut hadir bersama jaminan selama lima tahun dan perbatuan tanpa had.

Google ads
Back to top button