Buletin

KIA CARNIVAL CKD 11 TEMPAT DUDUK KINI DIBUKA UNTUK TEMPAHAN – JANA 199HP, HARGA BERMULA RM198K

Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, pengedar tunggal jenama Kia di Malaysia, hari ini memperkenalkan model CKD, Kia Carnival 11 tempat duduk.

Untuk rekod, Kia Carnival 11 tempat duduk adalah model Kia ketiga yang dipasang secara tempatan di Inokom Assembly di Kulim, Kedah.

Carnival Kia generasi keempat menawarkan evolusi reka bentuk dan penampilan yang dipertingkatkan, termasuk gabungan inovasi serta fleksibiliti.

Spesifikasi Carnival 11 tempat duduk kekal tidak berubah, termasuk penggayaan hadapan dan lampu nyalaan siang LED (DRL), pintu gelongsor, liftgate kuasa pintar serta kunci pintar dengan fungsi buka/tutup satu butang.

Di bahagian dalam, model ini dilengkapi sistem Infotainment Skrin Sentuh LCD resolusi Tinggi 12.3 inci dengan ketersambungan Apple Carplay dan Android Auto, pengecasan telefon pintar tanpa wayar, sambungan Bluetooth serta tujuh port USB.

Selain itu, Kia Carnival CKD turut didatangkan dalam kemasan kulit Hitam dan Kelabu sebagai standard.

Dari segi ciri keselamatan, Carnival 11 tempat duduk disertakan bersama dengan pelbagai ciri keselamatan standard termasuk 7 Beg Udara SRS dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Ciri-ciri lain adalah seperti berikut:

  • Electronic Stability Control (ESC)
  • Traction Control System (TCS)
  • Multi-Collision Brake Control (MCB)
  • ISOFIX Child Restraint Anchor Points and Hill-Start Assist Control (HAC)
  • Blind-Spot Collision Warning (BCW)
  • Rear Cross-Traffic Avoidance Assist (RCCA)

Beralih kepada kuasa, model ini dikuasakan oleh enjin Diesel Turbo 2.2L dan dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan yang dikawal oleh E-Shift.

Nadi berkenaan berupaya menghamburkan kuasa 199hp pada 3,800rpm dan 440Nm tork pada 1,750 – 2,750rpm.

Hadir dengan empat pilihan warna; Astra Blue, Snow White Pearl, Meteor Grey dan Jet Black, Kia Carnival kini boleh ditempah bermula 1 November hingga 31 Disember 2023 dengan tanda harga bermula RM198,500 termasuk aksesori.

Ia didatangkan dengan Waranti Pengeluar 5 Tahun, tempoh perlindungan sehingga lima tahun dan had perbatuan 100,000km, atau yang mana dahulu.

Kia Carnival 11 tempat duduk akan dipamerkan di acara Bermaz Auto Showcase, berlangsung dari 1hb – 5hb November 2023 di Centre Court, Pavilion Bukit Jalil dari 10:00 pagi hingga 10:00 malam.

GALERI:

Google ads
Back to top button