Buletin

MITSUBISHI EKSPORT 5 JUTA KENDERAAN DARI THAILAND, PROGRAM BERMULA 1988!

Mitsubishi sekarang ini mempunyai dua model yang ditawarkan untuk pengguna tempatan iaitu Triton dan Xpander. 

Triton diimport dari Thailand manakala Xpander dipasang di dalam negara. Mitsubishi sudah lama bertapak di Thailand dengan menubuhkan syarikat jualan pada 1961.

Pengeluaran bermula pada 1964 dan tahukah anda berapa jumlah kenderaan Mitsubishi yang dieksport dari Thailand? Sudah mencecah lima juta unit!

Mitsubishi Motors (Thailand) Co., Ltd. (MMTh) mempunyai tiga kilang pengeluaran dan sebuah kilang enjin di Laem Chabang, Chonburi.

Jumlah itu menjadikan Thailand sebagai pangkalan pengeluaran terbesar Mitsubishi di luar Jepun.

Pada 1988, Mitsubishi menjadi pengeluar automotif pertama yang mengeksport kenderaan dari Thailand dan sekarang ini ke lebih 120 buah negara di serata dunia.

Sejumlah besar kenderaan yang dihasilkan di Thailand pula bukan untuk pasaran domestik.

Pada 2021, kira-kira 90 peratus daripada 340,000 kenderaan (termasuk unit terurai) yang dihasilkan di Thailand dieksport ke luar negara.

Di peringkat global, Mitsubishi Motors Corporation mempunyai sekitar 30,000 pekerja dan kemudahan pengeluaran di pelbagai negara seperti Jepun, Thailand, Indonesia, Tanah Besar China, Filipina, Vietnam dan Rusia.

Mitsubishi tidak mempunyai kilang di negara kita dan di mana Xpander dipasang?

Di kilang milik HICOM yang terletak di Pekan, Pahang.

Penawaran sesebuah model bergantung kepada strategi dan Mitsubishi mempunyai banyak buah model menarik seperti kereta mini (kei car) elektrik eK X EV, Outlander, Delica D:5, Eclipse Cross dan ASX.

BACA: MITSUBISHI XPANDER 1.5 MIVEC, BOLEH TAHAN BEST CROSSOVER NI

BACA: MITSUBISHI MIRAGE MASIH ADA DI JEPUN, DARIPADA RM47.2K!

BACA: MITSUBISHI DELICA MINI, BAKAL DILANCAR PADA 2023!

Google ads
Back to top button