Buletin

MITSUBISHI TRITON CATAT JUALAN TERTINGGI 1,521 UNIT PADA SEPTEMBER 2021

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini mengumumkan bahawa trak pikap Triton telah mencatat jualan paling tinggi pada September 2021. 

Perkembangan itu berikutan pembukaan semula sektor automotif pad Jun selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Ia membolehkan MMM memenuhi pesanan yang tertunggak yang berjaya menyerahkan sebanyak 1,521 unit sepanjang September lalu. Angka itu mewakili 34 peratus dalam segmen trak pikap. 

Berbanding tahun lalu, prestasi jualan Triton eningkay 5.1 peratsus dalam tempoh separuh pertama tahun kewangan 2021 (April hingga September 2021) dengan jualan keseluruhan mencecah 6,907 unit kenderaan. 

Perkembangan itu membolehkan perkongsian pasaran syarikat menokok daripada 1.7 peratus (April hingga September 2020) kepada 3.9 peratus pada (April hingga September 2021). MMM juga kekal sebagai jenama automotif bukan nasional ketia teratas di Malaysia. 

Xpander kini menjadi MPV bukan nasional paling laris dengan sekitar 13,000 unit tempahan diterima sejak dilancarkan pada November 2020. Sehinggka kini, MMM telah menyerahkan 5,756 unit Xpander kepada pelanggan. 

“Ketika negara mula beralih ke arah endamik dan rantaian bekalan automotif serta bilik pameran kembali beroperasi. kami yakin angka jualan pada separuh kedua tahun kewangan kami akan terus meningkat. Kami juga akan menambah baol dan memperkenalkan perkhidmatan digital. 

“Kami akan memperkenalkan perkhidmatan penghantaran ke rumah di mana kenderaan yang dibeli akan terus dihantar ke rumah pelanggan. Sekali gus memudahkan pelanggan yang membeli secara dalam talian,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi.  

Google ads
Back to top button