Buletin

MITSUBISHI XPANDER CATAT JUALAN LEBIH 50,000 UNIT – KEKAL MPV BUKAN NASIONAL NO.1 DI MALAYSIA

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan model popularnya, Mitsubishi Xpander, kini melepasi angka 50,000 unit terjual sejak dilancarkan di Malaysia.

Sejak diperkenalkan pada November 2020, Xpander terus mengekalkan kedudukannya sebagai MPV bukan nasional paling laris di negara ini selama lima tahun berturut-turut.

Dengan gabungan ruang luas, rekaan elegan dan fungsi praktikal, model tujuh tempat duduk ini terus menjadi pilihan keluarga moden yang menghargai keselesaan serta gaya hidup serba aktif.

Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia, Takashi Sakamaki, menzahirkan penghargaan kepada semua pelanggan atas sokongan berterusan terhadap jenama Mitsubishi.

“Pencapaian ini bukan sahaja mencerminkan komitmen kami dalam menghasilkan kenderaan yang memenuhi keperluan keluarga Malaysia, tetapi juga menjadi detik membanggakan apabila lebih 50,000 pelanggan telah memilih Xpander,” katanya.

Bagi meraikan pencapaian ini, MMM melancarkan kempen istimewa ‘Xpander Step Up To Your Dream’, yang menawarkan penjimatan sehingga RM10,000, ansuran bulanan serendah RM799, serta subsidi insurans dan tawaran tukar beli untuk tempoh terhad.

Selain kejayaan jualan, MMM turut menegaskan komitmennya terhadap penyampaian pengalaman pemilikan terbaik, termasuk perkhidmatan selepas jualan berkualiti tinggi dan penjagaan pelanggan yang menyeluruh.

Setakat ini, MMM mempunyai rangkaian 63 bilik pameran (termasuk 8 pusat 4S) dan 63 pusat servis di seluruh negara.

Di Malaysia Timur, terdapat 16 bilik pameran, masing-masing 8 di Sabah dan 8 di Sarawak, selain 30 pusat badan dan cat bertauliah yang beroperasi di bandar-bandar utama bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan.

Google ads
Back to top button